"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis trafik panggil kakak Aminul beri keterangan

Kakak Aminulrasyid Amzah - Tuty Shaniza Anum - dipanggil polis sekali lagi hari ini - kali ini oleh polis trafik - untuk memberi keterangan berhubung kereta yang digunakan oleh adiknya yang mati polis pada awal pagi 26 April lalu.

Tuty Shaniza tiba di cawangan trafik IPD Shah Alam di seksyen 11, pada kira-kira jam 6 petang ini dan beredar dari stu kira-kira 15 minit kemudiannya.

Beliau hadir memberi keterangan tersebut dengan ditemani peguamnya Farhana Abdul Halim.

Ketika ditemui Malaysiakini, Farhana berkata, anak guamnya hari ini hanya disiasat berhubung kesalahan trafik melibatkan keretanya itu.

Katanya, ini kerana terdapat laporan sebelum ini bahawa pada malam kejadian itu, sebelum Aminulrasyid mati ditembak polis, kereta tersebut telah bergesel dengan kereta dan sebuah motosikal.

"anak guam saya ditanya soalan-soalan berkaitan trafik, contohnya, siapa tuan punya kereta dan adakah dia tahu keretanya digunakan oleh Aminulrasyid pada malam kejadian," katanya.

Menurut Farhana, proses merekod kenyataan hari ini berjalan lancar dan pantas.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada anak guamnya akan dipanggil lagi selepas ini.

Katanya, beliau ada bersama Tuty Shaniza sepanjang anak guamnya memberi keterangan kepada pihak polis.

Tuty Shaniza, 36, adalah seorang pembantu eksekutif di sebuah syarikat swasta.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: