"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Istana...Jaminan Hishammuddin Dan Derhaka TV3

laniismaa
Hishammuddin, Menteri dalam Negeri memberi jaminan institusi raja tetap dihormati. Jaminan tersebut sama ada di Kelantan dan negeri-negeri lain juga.

Namun di sebalik jaminan tersebut, TV3 derhaka juga terhadap institusi raja. Ini kerana melalui Buletin Utama semalam, 18 Mei 2010,

berita yang berkaitan Rosmah, disebut Rosmah sebagai ’Wanita Pertama’. TV3 menjadi pembodek yang tidak diminta, tidak layak bagi Rosmah digelar sebagai ’Wanita Pertama’ kerana kita mempunyai Permaisuri Agung yang selayaknya untuk gelaran tersebut. Jadi Hishammuddin kenalah tegur, kerana jaminan telah diberi.

Janganlah ditanya kepada Rosmah, kalau dipanggilnya begitu makin kembanglah hidungnya. Dia suka sangat dan seronok orang menggelarkannya begitu. Begitu lama dia menunggunya. Jangan ditanya juga kepada Najib, kerana Najib juga fikir dialah yang pertaama juga.

Jadi TV3 kena ambillah peranan sama macam TV-TV lain. Janganlah memandai pula. Nak membodek pun fikirlah cara lain. Agung tak akan bersuara hal sedemikian, kerana Agung kita tahu malu, tak macam sesetengah orang yang tak tahu malu. Kena hormatlah Agung kita.

Tiada ulasan: