Bercakap kepada TV Selangor, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata kelebihan kerusi DAP berbanding Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin Anwar, bukan isu kerana hal ini sudah dipersetujui lebih awal supaya Anwar memimpin gerakan pembangkang.
“Persoalan sama ada DAP mahu menuntutkan kerusi jawatan Ketua Pembangkang tidak berbangkit kerana kita terus mengiktirafkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri,” katanya.
Kit Siang menegaskan DAP tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mengambil alih jawatan berkenaan dan sentiasa menyokong Anwar dan mengiktiraf kewibawaannya sebagai Ketua Pembangkang.
Pada masa ini, kedudukan kerusi Parlimen di kalangan parti Pakatan Rakyat ialag 29 dimenangi DAP manakala PKR 24.
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan