"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manikavasagam dakwa 'diugut' orang dalam PKR

Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa beliau sekali menerima 'ugutan' menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang kali ini dikatakan dilakukan oleh 'orang dalam' PKR.

Menurut Manikavasagam, SMS itu dihantar oleh pembantu khas seorang exco kerajaan Selangor, Selasa lalu.

Katanya, pembantu khas exco itu mahukan beliau berhenti menyerang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, membabitkan isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Penghantar SMS itu mengatakan saya kurang ajar," katanya kepada pemberita di Klang hari ini sambil menambah ia juga berbaur perkauman.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut berhubung SMS itu ataupun mengenapasti dalang berkenaan.

Menurut Manikasavagam, dia belum memberitahu perkara itu kepada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya rasa terancam dan ditakut-takutkan oleh SMS itu,” katanya.

Sebelum ini, ahli parlimen Kapar itu juga mendakwa menerima tiga panggilan ugutan bunuh dan rumahnya turut disimbah cat merah oleh orang tidak dikenali.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: