"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Timbalan Ketua Pemuda MIC mahu Samy lepaskan jawatan segera

PETALING JAYA, 19 Mei: Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan hari ini mendesak Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan Presiden MIC serta-merta bagi menyelamatkan parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Kalau boleh saya mahu beliau berhenti hari ini. Bagaimanapun jika beliau memerlukan masa, beliau boleh mengambil masa sedikit sehingga hujung tahun...tetapi tidak lebih daripada itu,” kata Mugilan pada sidang media di sini sebentar tadi.

Mugilan yang keciciran peluang bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan lalu kerana dibantah Samy Vellu dan MIC menafikan gesaan itu kerana perasaan balas dendam.

“Tidak, tidak... saya hanya mahu menyelamatkan parti,” katanya.

Mugilan yang juga Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor berkata beliau hanya menggunakan modus operandi yang sama digunakan Samy Vellu apabila mendesak Tun V.T. Sambanthan lebih empat dekad yang lalu.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: