"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azmin Ali sudah bersedia lawan timbalan presiden PKR?

Sebaliknya, Naib Presiden PKR itu memberitahu, beliau akan berbincang dengan pucuk kepimpinan parti jika menerima pencalonan dan sokongan agar melangkah ke kerusi tersebut.

“Kita akan bincangkan dalam parti (jika ada pencalonan),” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas berakhirnya Kongres Nasional Keenam PkR di sini semalam.

Bagaimanapun Azmin tidak menyebut siapa yang dimaksudkan dengan pucuk kepimpinan yang beliau akan berbincang.

The Malaysian Insider juga difahamkan kemungkinan akan ada usaha untuk berkompromi dan mengelakkan pertandingan.

Nama lain yang turut disebut-sebut ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan seorang lagi pemimpinan kanan dari negeri itu.

Azmin menjelaskan, keutamaan beliau pada masa sekarang ialah memperkuatkan parti dan Selangor menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Saya tidak mahu jadi timbalan presiden tetapi kalah dalam pilihan raya,” kata naib presiden ‘nombor satu’ ini, yang menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua tiga tahun lalu.

Ahli Parlimen Gombak ini menambah, “tumpuan saya sekarang untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, menjadi selangor menjadi lebih kuat.”

Azmin tidak membayangkan sebarang petanda yang beliau akan bertanding jawatan timbalan presiden ketika menyampaikan ucapan penggulungan sebelum giliran Timbalan Presiden PKR Senator Dr. Syed Husin Ali.

Bagaimanapun dengan mengambil kira ucapan ‘bersemangat dan berapi’ Azmin semalam, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dalam ucapannya dengan berseloroh menyifatkannya sebagai “ucapan berkempen.”

“Dia (Azmin) dalam semangat cukup tinggi hari ini,” katanya yang turut menggariskan PKR akan memperkenalkan kod etika dan garis panduan menjelang pemilihan hujung tahun ini.

Syed Husin menjawab kenyataan Saifuddin dengan berkata, beliau tidak melihat ia sebagai “kempen pemilihan”, sebaliknya memperlihatkan kebolehan Azmin menyampaikan ucapannya dengan bertenaga.

“Ia kebolehan Azmin untuk menyampaikan ucapan, beliau seorang pengucap yang baik... saya mahu melihat lebih ramai macam beliau (dalam PKR),” kata Syed Husin lagi.

Dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider awal tahun ini, Syed Husin berkata sedia untuk melepaskan kedudukannya jika parti menerima hasrat beliau.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu jika diterima pucuk kepimpinan parti itu dijangka membuka laluan kepada persaingan sengit apabila PKR mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini.

Ia juga dijangka akan membawa kepada perubahan besar dalam barisan kepimpinan parti itu menjelang pilihan raya umum ke-13.

PKR, pertengahan tahun lalu telah meminda perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan secara langsung melibatkan akar umbi.

Pada Mei 2007, Syed Husin mempertahankan jawatannya tanpa cabaran selepas Azmin yang disebut-sebut akan mencabarnya menarik diri walaupun menerima pencalonan.

Tiga tahun sebelum itu Syed Husin memenangi jawatan timbalan presiden dengan majoriti 533 undi.

Syed Husin, 73, merupakan bekas presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan kemudian menjadi orang nombor dua PKR susulan penggabungan PRM dan PKR.

“Saya sememangnya sudah lama memutuskan untuk melepaskan jawatan timbalan presiden, meninggalkan politik yang aktif secara perlahan-lahan,” kata Syed Husin.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: