"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

S Manikavasagam Berpuas Hati Dengan Pendengaran Selcat Setakat Ini

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berpuas hati dengan proses pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) yang berlangsung sejak dua hari lalu.

Beliau menyifatkan proses siasatan yang dijalankan Selcat sangat memuaskan dalam membantu menyiasat penyelewengan dan rasuah pasir melibatkan kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd

Manikavasagam dijadual memberi keterangan pada esok kepada panel Selcat tetapi belum memperoleh kebenaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk berbuat demikian.

Beliau meminta SPRM memberi surat rasmi untuk memberi keterangan kepada pendengaran awam Selcat.

Sebelum ini, SPRM dikatakan menghalang Manikavasagam memberi kenyataan tetapi kemudian menafikannya.

"Kalau tidak halang tiada apa-apa, berikan saya surat dan jangan esok dia boleh cakap hari ini, esok mungkin dia cakap, awak tidak dibenarkan cakap dan beri keterangan, dan saya baru menerima surat pada 1 Jun mereka mengingatkan saya bahawa dan tidak hanya bercakap sahaja," katanya.

Manikavasagam tidak gentar untuk hadir ke pendengaran awam Selcat dan sedia menyerah senarai saksi dan beberapa bukti kukuh berkaitan dakwaan penyelewengan.

Beliau berkata senarai lima saksi akan diserah dan berharap Selcat menimbangkannya untuk memanggil mereka, selain mendakwa terdapat 12 pengadu dengan tujuh saksi penting dalam kes ini.

Manikavasagam yang sebelum digembar-gemburkan menolak fungsi Selcat dalam menangani isu KSSB, sebaliknya berpuas hati dengan peranan Selcat.

"Ya memang saya nampak baik dan ketelusan tetapi banyak lagi saksi yang belum dipanggil, dan banyak lagi dokumen belum saya berikan lagi.

"Saya ada banyak lagi bukti dan hari ini sahaja mereka hendak memberi saya bukt-bukti daripada kawasan lain, jadi memang banyak penyelewengan dalam isu ini tetapi setakat ini saya memang berpuas hati dengan pendengaran Selcat," katanya.

Tiada ulasan: