"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengadu sedia dedah penyelewengan KKSB

Dzulfikar Mashoor
SHAH ALAM, 4 Jun:
Pengerusi Eksekutif Juta Seri Sdn Bhd, Casey Lee (gambar) bersedia menyertai sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk membuktikan bahawa wujud penyalahgunaan kuasa oleh pegawai atasan tertentu dalam syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB).

“Saya telah bersedia sebenarnya kerana benda (penyelewengan) ini telah lama menyusahkan rakyat kita sendiri.

“Tentang permohonan tender oleh rakyat biasa seperti saya sewenang-wenangnya diketepikan oleh KKSB tanpa suatu alasan yang munasabah,” jelas beliau pagi tadi selepas membuat aduan kepada S. Manikavasagam selaku Biro Aduan Rakyat PKR Nasional di Dewan Annex, di sini.

Merujuk pada surat jawapan KKSB bertarikh 29 April lalu, beliau meminta Pengarah Eksekutif KKSB, Ir. Ramli Abd. Majed supaya menjelaskan sebab musabab permohonan beliau untuk menjalankan aktiviti lombong pasir di HS(D) 5396 PT 610 Mukim Ulu Tinggi, Kuala Selangor ditolak.

Ini kerana, tindakan Ramli mengetepikan permohonannya dengan memberi alasan kononnya tanah tersebut tidak boleh dijalankan aktiviti perlombongan kerana status tanah tersebut adalah milik Syarikat Berkaitan Kerajaan Selangor (GLC-Selangor) adalah suatu polisi yang bohong belaka.

Baginya, dengan merujuk pada buku Garis Panduan Permohonan Melombong Pasir Atas Tanah Persendirian yang KKSB keluarkan sendiri oleh KKSB pada Ogos tahun lalu (Perkara 3 Definisi Tanah Persendirian), langsung tidak menjelaskan polisi palsu sebagaimana yang diberitahu oleh Ramli dalam surat jawapan tersebut.

Disebabkan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa motif KKSB mengetepikan permohonannya itu disebabkan beliau enggan memberi rasuah kepada pihak tertentu dalam KKSB sendiri.

“Kami sebenarnya tidak menawarkan apa-apa kepada KKSB tetapi rasanya terbalik kerana mereka menyusahkan kami.

“Susah-susah di sini mungkin kerana kita tak tawarkan suapan (rasuah) maka (permohonan) kami sengaja diketepikan,” katanya.

Beliau yang juga pengadu ke-13 bagi Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam meminta pihak berwajib supaya menyiasat Datuk Anuar (Penasihat KKSB) dan Ramli kerana kedua-dua pegawai atasan terbabit merupakan individu yang terlibat dalam rundingan memberikan tender kepada Juta Seri sebelum ini.

Tiada ulasan: