"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Demo: Pemuda Umno diseru bersama Pakatan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Jun:
Pemuda Umno diseru untuk bersama Pakatan Rakyat berarak dari Masjid Jamek ke Kedutaan Amerika hari ini dan bukannya berseorangan di Masjid Negara.

Jurucakap Sekretariat Mobilisasi Demontrasi Anti Israel, Herman Samsudeen berkata, Perkasa dan hampir semua NGO mengesahkan akan bersama-sama berdemo di kedutaan US hari ini kecuali pemuda BN yang menarik balik untuk bersama pada demo tersebut.

"Isnin baru-baru ini Khairy sudah bersetuju mahu bersama dalam himpunan NGO dan pemuda Pakatan demi menunjukan kesepaduan rakyat Malaysia dalam isu Palestine ini.

"Tapi entah kenapa, tetiba Pemuda BN buat di Masjid Negara. Isnin lepas mereka demo kat bangunan PBB. Adakah pemuda BN takut nak demo depan kedutaan Amerika! hari ini pun mereka tidak mahu pergi ke kedutaan Amerika!" katanya.

Seruan mengajak pemuda Umno bersama ini, kata Herman sebagi menunjukkan solidariti dalam isu ini dan mahu mesej dapat disampaikan dengan jelas kepada Amerika.

Pemuda Umno juga, katanya perlu mengenepikan sentimen politik kepartian dalam isu ini demi membela nasib rakyat Palestin dan memberi tekanan kepada Zionis Israel dan sekutunya Amerika Syarikat.

Beliau turut mempersoal motif sebenar pemuda Umno yang mahu mengadakan bantahan secara terpencil di Masjid Negara.

"Adakah tindakan mereka hari ini ada kena mengena dengan dasar Kerajaan yang mengunakan khidmat APCO.

"Kami akan beri ruang kepada semua untuk berucap termasuk Ketua Pemuda BN, Khairy. Beliau tidak perlu malu kerana Pengerusi BN tak nak turun demo hari ini macam Presiden PAS, PKR dan DAP," katanya.

Tiada ulasan: