"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

9 penumpang kereta api ditikam ketika tidur

BEIJING: Seorang wanita bersenjatakan pisau menyerang secara melulu lalu menikam dan mencederakan penumpang kereta api yang nyenyak tidur.

Laporan media tempatan berkata serangan yang dilakukan pada awal pagi semalam berlaku di dalam kereta api di wilayah Heilongjiang.

Identiti wanita terbabit masih belum diketahui. Beliau masuk ke satu tempat tidur ke satu tempat tidur di dalam kereta api itu lalu menikam penumpang yang sedang tidur, namun akhirnya diberkas selepas berlaku pergelutan dengan beberapa penumpang lain.

Menurut akhbar online Dongbei, menurut saksi, wanita terbabit dianggarkan berumur kira-kira 40-an.

Kereta api itu pula dalam perjalanan dari Harbin ke bandar Hebei. Semua mangsa dirawat apabila kereta api berhenti di bandar Jiamusi, bagaimanapun tiada laporan lanjut mengenai kecederaan mereka.

Serangan itu berlaku pada hari yang sama dengan kejadian seorang pengawal bank yang mengamuk sambil melepaskan tembakan ke arah bangunan mahkamah di wilayah Hunan di tengah China, mengakibatkan tiga hakim terbunuh dan mencederakan tiga yang lain sebelum beliau membunuh diri.
-Agensi/hmetro-

Tiada ulasan: