"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Presiden PAS, pemimpin Pakatan sertai demo esok

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Jun:
Demonstrasi Anti Israel anjuran Pakatan Rakyat dan NGO di hadapan Keduataan Amerika, esok akan disertai Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Pimpinan-pimpinan NGO dan wakil Konvoi Freedom Flotilla juga akan turut hadir bersama.

Sekretariat Mobilisasi Demontrasi Anti Israel 2010 juga memaklumkan demonstrasi yang bermula selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru dan berarak ke Kedutaan Amerika.

Dalam kenyataan kepada Harakahdaily, jurucakapnya, Herman Samsudeen memberitahu pihak penganjur tidak mengadakan apa-apa himpunan di Masjid KLCC atau Tabung Haji.

“Para peserta yang menyertai demonstrasi ini digalakkan membawa bendera Palestin, placard dan banner yang menunjukkan bantahan rakyat Malaysia secara aman,” katanya.

Katanya, sebarang keterangan lanjut bolehlah berhubung dengan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad menerusi talian 0192828536.

Tiada ulasan: