"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Makan Tanah: Kanak-Kanak Dirujuk Pakar Psikologi Jika Sebab Tabiat

Yogeswary (kiri) dan sepupu Vikneswary (kanan) serta dua adik perempuannya, Ganggademi (tengah) dan Nageswari (dua, kanan) bersama nenek mereka N. Bathumalai, 61 (kiri, belakang), Penolong Setiausaha MIC Bahagian Jerai, A.P Muniandy (kiri, belakang) dan Supramaniam. Empat kanak-kanak perempuan berkenaan dimasukkan ke hospital apabila salah seorang daripada mereka dalam keadaan lemah selepas memakan tanah. Foto G.C. Tan / The Star

ALOR SETAR: Empat kanak-kanak perempuan yang memakan tanah yang didakwa rasa seperti coklat akan dirujuk kepada pakar psikologi kanak-kanak sekiranya tindakan itu berpunca daripada tabiat dan bukan disebabkan oleh kelaparan.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Marzuki Md Isa berkata, doktor-doktor yang memeriksa mereka di Hospital Sultan Abdul Halim Hospital di Sungai Petani akan melakukan penilaian terhadap kes tersebut.

“Kami akan menyoal dan meneliti latar belakang mereka bagi mengenal pasti punca mereka memakan batu. Jika ia disebabkan oleh tabiat, mereka akan dirujuk kepada pakar psikologi kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau menambah, jika ia disebabkan oleh kelaparan, pihaknya akan membantu memberikan kaunseling kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan tentang nutrisi yang lengkap.

Terdahulu, I. Yogeswary, 10, dua adik perempuannya iaitu Nageswari, 8 dan Ganggadevi, 6 serta sepupu mereka N. Vikneswary, 9, dimasukkan ke hospital selepas salah seorang daripada mereka ditemui dalam keadaan lemah oleh Pengerusi MIC Bahagian Jerai, R. Supramaniam pada Jumaat lepas.

Semua kanak-kanak perempuan yang berasal daripada Kampung Padang Lembu itu telah dimasukkan ke hospital berkenaan di bawah Unit Rawatan Rapi (ICU), namun kemudiannya dipindahkan ke wad pemerhatian pada Sabtu.

Yogeswary dilaporkan mengatakan dia memakan tanah sejak tahun lepas dan tambahnya, tanah-tanah itu rangup dan rasa seperti coklat.

Mengakui dia yang memperkenalkan tabiat itu kepada tiga pelajar perempuan daripada SJK (T) Kalaivani di Kampung Padang Lembu itu berkata, perbuatan itu dirahsiakan tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

“Saya mengumpulkan tanah-tanah dan menyoroknya di dalam beg sekolah dan akan memakannya di dalam bilik. Suatu hari, Nageswari telah melihat saya memakannya dan menyertainya, manakala yang lain-lain turut melakukannya selepas itu.

“Saya bersama dua adik perempuan dan sepupu tidak pernah kenyang menjamu makanan yang disediakan ibu. Kami hanya kenyang selepas makan tanah,” dakwa Yogeswary.

Dr. Marzuki berkata, keadaan kanak-kanak terbabit menunjukkan perkembangan bertambah baik selepas melalui pemindahan darah berikutan paras hemoglobin mereka terlalu rendah.

“Tanah-tanah yang dimakan mereka mengandungi telur cacing dan telah menetas di dalam perut mereka. Cacing menghisap darah di dalam badan mereka, menyebabkan mereka lemah, sakit perut dan muntah,” katanya.

Beliau menambah, adalah sesuatu di luar kebiasaan pada masa kini bagi seseorang itu mati disebabkan oleh penyakit seumpama itu kerana mereka mudah mendapatkan rawatan bagi membunuh cacing-cacing terbabit.

Bagaimanapun katanya, jika mangsa mempunyai komplikasi kesihatan lain keadaan itu boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.

“Berdasarkan kes terhadap empat kanak-kanak perempuan ini, mereka tidak mempunyai sebarang komplikasi kesihatan, maka mereka akan dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih daripada masalah cacing di dalam badan,” tambahnya.

-mstar-

Tiada ulasan: