"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pasir Sudah Menjadi Emas.

Aspan Alias

Isu kecurian Pasir hangat dibincangkan oleh orang ramai setelah media massa perdana memaparkan dengan konsisten akhir-akhir ini. Pasir adalah merupakan satu item yang sangat mahal diwaktu ini dan menjadi bahan rebutan dikalangan ahli-ahli perniagaan dan ahli-ahli politik untuk mengaut keuntungan.

Sebagaimana biasa isu pasir ini hanyalah menjadi perkara yang hangat dipaparkan oleh media massa bagi negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Yang terberu semalam isu ini hanya disiarkan secara meluas diSelangor dan diBalek Pulau, Pulau Pinang.

Perniagaan Pasir berkait rapat dengan kuasa politik dan ianya seolah-oleh perniagaan ala ‘cartel’. Kalau dahulunya isu panas adalah isu balak yang selalunya berkait rapat dengan Menetri Besar dan banyak pemimpin telah jatuh dan naik kerana balak ini.

Kompartmen balak selalunya diperolehi oleh mereka yang rapat dengan Menteri Besar kerana Menteri Besarlah yang berkuasa untuk memberikan konsessi-konsessi ini kepada sesiapa yang beliau kehendakki.

Selalunya hanya pemimpin-pemimpin UMNO diBahagaian sahaja yang mendapat konsessi ini dan dibelakang mereka sudah sedia taukay taukey besar yang akhirnya membeli kayu-kayu yang dikeluarkan dari kompartmen kompartment yang diberikan kepada kroni-kroni mereka.

Setelah balak hampir pupus, pasir pula menjadi rebutan. Pasir ibarat jongkong-jongkong emas sekarang ini. Dimana-mana sekarang taukey taukay bertanya, “Lu ada jalan dengan MB ke?” Orang politik pula jawab “Ada”. Setelah itu taukey-taukey ini akan berbincang hal business pasir ini diCoffee House hotel lima bintang.

Dihotel lima bintang pula, jika kita terjumpa seorang Melayu (UMNO) bersongkok dan berbaju batik, duduk bersama-sama taukay taukay Cina, saya agak pasti mereka sedang berbincang satu diantara dua perkara; Balak atau pasir.

Kadangkala kita lihat mereka menanda tangani surat-surat perjanjian diCoffee house sahaja sambil makan makanan yang enak-enak yng dibelanja oleh Ah Chong atau Lau. Yang bersongkok dan berbaju batik tadi senyum-senyum kerana dia sudah dapat pendahuluan daripada keseluruhan kamsen yang ditandatangan tadi.

Tetapi media massa hanya memberikan tumpuan kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh PR sahaja. Tetapi tidak pula memberikan ulasan tentang isu ini dinegeri-negeri lain.

Kenapa tidak diperbesarkan isu ini diNS yang tidak kurang hebatnya? DiNS isu pasir juga hebat diperkatakan dikedai-kedai kopi dan rata-rata pasir diNS dikuasai oleh keluarga pemimpin besar dinegeri itu.

DiPahang isu pasir juga menjadi isu hangat dan media memberikan ‘exception’ kepada negeri-negeri yang kita kuasai.

Yang lebik jenaka lagi ada bekas MB yang tidak lagi berkuasa setelah kalah dalam pilihanraya telah pergi menunjukkan kepada penguasa lokasi-lokasi pencurian pasir sedangkan semasa beliau menjadi MB kegiatan ini berlaku lebih hebat lagi.

Jadi isu pasir ini sudah menjadi ‘item’ politik dan ramai merasakan yang pilihanraya sudah hampit tiba.

Itulah sebabnya isu pasir ini menjadi bahan untuk dipolitikkan. Khalid Ibrahim menjadi sasaran pihak tertentu untuk memberikan persepsi buruk terhadap beliau. Tetapi kenapa tidak sebut tentang pasir diNS, Johor dan lain-lain? Tapi itulah politik dinegeri kita.

Pihak yang memerintah sehingga hari ini tidak berdaya untuk membawa kes-kes rasuah yang berprofil tinggi kemuka pengadilan kerana ianya melibatkan mereka yang ada kuasa dan dilindungi oleh mereka.

Kes seorang setiausaha politik Menteri Kanan yang diberkas dengan jutaan wang rasuah sehingga kehari ini tidak dibawa kemuka pengadilan. Menerinya masih duduk dalam jemaah Menteri, dan masih bercakap tentang pembangunan untuk orang Melayu dan berbagai lagi.

Rakyat masih tertunggu-tunggu tindakkan pihak yang berwajib terutamanya PM Najib. Kenapalah perasuah-perasuah besar ini masih bebas dan tidak ada apa-apa yang tindakkan yang ambil kepada mereka.

Disamping itu pemimpin kita meminta pula sokongan rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Harta rakyat dicurinya tetapi memaksa rakyat untuk terus menyokong mereka.

Pemimpin-pemimpin tertinggi kita masih memberi perlindungan kepada penjenayah-penjenayah ini. Mereka mahukan rakyat memberikan mandat terus menerus kepada mereka tetapi tugas dan tanggungjawab mereka tidak terlaksana.

Mereka (pemimpin) kita seolah-olah hanya mahu menjadikan rakyat seperti kita ini sebagai hamba abdi, boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka. Harta mereka dicurinya tetapi meminta sokongan dari empenya harta itu.

Kita telah begitu lama bersabar dengan kerenah pemimpin kita, tetapi kali ini kita tidak boleh lagi mendiamkan diri. Rakyat harus bangun dan membenteras kegiatan ini sendiri.

Saya telah membuat telahan yang NS akan jatuh ketangan pembangkang kali ini. DAN dengan perkembangan terakhir ini nampaknya kekalahan itu tidak dapat dielakkan lagi.

Kelalaian pemimpin-pemimpin yang kita amanahkan untuk menjaga harta benda kita masih tidak diperbaikki. Mereka masih ‘taking everything for granted’ dan masih menganggap rakyat sebagai anjing untuk memburu bagi pihak mereka.

Rakyat merasakan tertipu oleh pemimpin mereka. UMNO tidak boleh lagi menjadi parti harapan bagi orang Melayu untuk mendapatkan perlindungan. Masakan rakyat mendapat perlindungan jika harta benda mereka dicuri oleh mereka yang sepatutnya menjadi perlindung kepada mereka.

Disini kita ingin bertanya; apa bezanya nilai kemanusiaan seorang pemimpin yang menjahanamkan harta rakyat pimpinannya dengan seorang bapa kandung yang merogol anaknya sendiri? Apa bezanya?

Apa bezanya nilai kemanusiaan seorang perompak seperti Botak Chin dengan perasuah-perasuah ini? Apa bezanya?

Apa bezanya diantara penagih dadah dengan penagih rasuah? Apa bezanya? Bukankah kedua duanya ini meruntuhkan nagara dan sistem kerajaan yang memerintah?

Apa bezanya peliwat dengan kumpulan pemerintah yang rasuah? Peliwat mungkin meruntuhkan penghidupan mereka yang menjadi mangsa liwatnya. Tetapi perasuah meruntuhkan penghidupan dan ‘meliwat’ hampir 30 juta rakyat dan negaranya sekali gus.

Kenapa kita mesti ada ‘double standard’ diantara satu kesalahan dengan kesalahan yang lain?

Pendeknya rasuah=perogol muhrimnya sendiri+Botak Chin+Peliwat+memakan daging saudaranya sendiri.

Itulah ‘equation’nya rasuah dengan jenayah-jenayah yang lain. Kita tanya diri kita sendiri; diantara yang disebutkan tadi kedudukkan kita dimana? Tidak payah beritahu sesiapa. Simpan didalam diri sendiri.

Tiada ulasan: