"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“Saya sedia jumpa Muhyiddin” – Nik Aziz

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 14 Julai:
“Beliau (Tan Sri Muhyiddin) boleh datang sendiri jumpa saya, saya tak kisah, tak perlu hantar orang tengah.

“Jangankan beliau datang nak jumpa saya kat sini, jika ke Kuala Lumpur pun saya boleh pergi,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Kelantan esok.

Secara berterus terang katanya, beliau tidak diberitahu oleh sesiapa pun mengenai kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jeli dan Tanah Merah esok.

Media hari ini melaporkan Muhyiddin menyatakan kesediaan berbincang dengan PAS bagi menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan ketika mengulas isu sama semalam menegaskan PAS sedia bekerjasama dengan Umno sekiranya parti itu menukar dasar kepada Islam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dijangka mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan esok. Pada sebelah pagi beliau dijadual melawat kompleks Imigresen dan Kuarantin di Bukit Bunga, Jeli.

Pada sebelah petang pula akan merasmikan karnival rakyat parlimen Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1.

Bagaimanapun soalan diutarakan pemberita kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz tadi tiada kaitan dengan hubungan Umno dan PAS, seperti dilaporkan media hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu menegaskan lagi beliau sedia menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri sekiranya ingin berbuat demikian ketika datang ke Kelantan.

“Sebagai seorang ketua kerajaan saya bersedia menerima tetamu yang ingin bertemu pada bila-bila masa biar pun secara peribadi.

“Tan Sri Muhyiddin boleh bertemu dengan saya sendiri tanpa perlu menghantar sebarang orang tengah,” ujarnya.

Tiada ulasan: