"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PSM kecewa ahli majlis digugur

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak menteri besar Selangor menilai semula penamatan ahli majlisnya di Majlis Bandaraja Petaling Jaya (MBPJ) dengan mengingatkannya kepada perjanjian yang dibuat pada 2008.

"Selepas pilihan raya 2008, kami dijanjikan tiga kerusi ahli majlis dan itu dipersetujui semua orang.

"Kami kecewa sekarang apabila calon-calon kami digugurkan tanpa sebarang sebab dan perundingan, kata pengerusinya Mohd Nasir Hashim

"Kalau kami tak gembira dengan calon, kami boleh tukar walaupun tidak begitu mudah," katanya.

"Tetapi kalau kamu kata mereka bawah prestasi, bukankan itu bermakna kami tidak bekerja, atau kami bukan kawan?"

Mohd Nasir yang juga ADUN Kota Damansara berkata cerita bahawa anggota mereka Panneerselvam Varathan tidak dimasukkan dalam senarai baru ahli majlis bandaraya itu tersebar sejak Jun lagi.

"Saya beritahu (exco kerajaan tempatan) Ronnie Liu bahawa saya mahu dikekalkan semua lima ahli majlis di Kota Damasanra. Bila cerita-cerita itu muncul bulan lalu, Ronnie minya saya bercakap dengan (Naib Presiden PKR) Sivarasa (Rasiah).

"Sivarasa, bila jawab soalan saya beritahu ada orang tidak gembira (dengan Panneerselvam), jadi beliau akan digantikan dengan calon PKR," jelas Mohd Nasir.

Tiada ulasan: