Zolkharnain Abidin
Saya cuma nak katakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS,” kata Najib.
Saya sangat berterima kasih kepada Najib dengan kenyataan ini. Sama ada Umno benar-benar kuat atau tidak, itu soal kedua. Apa yang penting ialah kenyataan ini diharap dapat menutup terus semua pintu yang sebelum ini terbuka antara PAS dengan Umno.
Mungkin ada orang menganggap, kenyataan itu keluar daripada ego Najib selaku Presiden Umno. Itu juga tidak penting lagi. Jika ego Najib menyumbang kepada terkuncinya pintu yang terbuka antara PAS dengan Umno sebelum ini, maka ego Najib di sini dikira bagus.
Walau pun ada seorang dua pemimpin Umno yang masih tergila-gilakan PAS seperti Muhyiddin dan Lokman Nur Adam, ditambah lagi dengan pemimpin sebuah NGO yang mencadangkan penubuhan JK untuk tujuan itu, harap-harap kenyataan Najib ini juga turut menutup mulut mereka.
Kalau Najib sudah kata Umno kuat dan tidak perlukan PAS, bolehkah ada orang lain kata Umno perlu bekerjasama dengan PAS? Siapa lebih tahhu mengenai Umno, Najib atau orang lain?
Saya sedang menunggu pemimpin PAS berkata begini, “PAS punya kekuatan tersendiri dan PAS tidak perlu bekerjasama dengan Umno untuk jadi kuat.”
Kalau ada yang berkata begitu, saya akan berterima kasih kepadanya lebih daripada saya berterima kasih kepada Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan