"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Senarai pemegang permit pasir S'gor dikeluarkan

Kerajaan Selangor hari ini menyiarkan senarai nama syarikat dan individu yang diberikan permit melombong pasir di negeri ini yang dikeluarkan pada 2005, 2006 dan 2007.

Sebanyak 158 permit melombong pasir telah dikeluarkan untuk tiga tahun iaitu 49 permit pada 2005, 48 permit pada 2006 dan 61 permit pada 2007.

Daripa
azlanda jumlah itu, 33 permit dikeluarkan kepada individu dan selebihnya atas nama syarikat.

Permit-permit ini dikeluarkan oleh enam Pejabat Tanah iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Selangor dan Gombak.

“Sebelum 2008, prosedur pengeluaran permit ialah pejabat tanah daerah membuat kertas ringkasan mengenai permohonan yang dibuat untuk melombong pasir dan dihantar ke pejabat tanah dan galian (PTG),” kata kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Menteri Besar Selangor, hari ini.

Permohonan ini kemudian dihantar ke jawatankuasa teknikal permit bahan batuan untuk ulasan dan syor. Permit hanya dikeluarkan selepas mendapat kelulusan jawatankuasa tetap pembangunan tanah (pasir).

“Selepas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), milik penuh kerajaan Selangor ditubuhkan, permit permohonan masih dikeluarkan oleh pejabat tanah daerah tetapi hanya kepada KSSB.”

Menurut kenyatan itu lagi, KSSB kemudiannya akan membuat permohonan kepada pentadbir tanah.

Selepas permohonan mendapat kelulusan majlis mesyuarat kerajaan negeri, KSSB kemudiannya membuka tender secara terbuka kepada syarikat-syarikat yang berpengalaman dan mempunyai jentera yang mencukupi untuk menjalankan kerja perlombongan pasir.

Hasil kutipan penjualan pasir ini, KSSB membuat pembayaran royalti kepada kerajaan negeri menggunakan perkiraan yang telah ditetapkan.

“Dengan cara ini, perlombongan pasir di atas tanah milik kerajaan lebih terkawal berbanding sebelum 2008 apabila hanya KSSB diberikan permit oleh pentadbir tanah.

“Langkah kerajaan Selangor ini bukan saja berjaya mengurangkan aktiviti curi pasir yang telah berleluasa sebelum 2008 malah telah meningkatkan kutipan hasil dan royalti,” petik kenyataan itu.

Tiada ulasan: