Ibn75.wordpress.com
MERSING – “Sahabatku, Allah adalah Tuhan Yang Maha Kaya. Berat sungguh ujianmu, menandakan hebat sungguh keberadaanmu di sisi Allah swt. Sabar dan thabat. Jangan putus asa, teruskan berjuang dan merawat. Allah bersama hambaNya yang sabar,” demikian kata-kata semangat yang dilontarkan oleh Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM).
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tulisan berupa ugutan daripada makhluk halus yang diterima oleh Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) yang kini diuji Allah swt setelah anak lelakinya dipercayai disihir pada peringkat ke dua.
Sementara itu, Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat dalam respon ringkasnya menyebut, dunia politik tanah air hari ini sudah setanding dengan negara-negara maju, malangnya pendekatan yang sudah jauh ketinggalan seperti kejadian yang menimpa ustaz Azam masih lagi dikesan di negara ini.
“Orang dah maju politik gunakan hujah dalam debat untuk berlawan. Orang tak maju politik guna sihir untuk berlawan,” katanya lagi.
Ustaz Azam menghadapi ujian ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatannya sebagai ahli politik yang lantang bersuara telah mengundang rasa tidak selesa pihak tertentu dengan pembabitannya selama ini.
Difahamkan, pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor kali ke 40 minggu lepas, para perwakilan telah dikejutkan dengan ketidakhadirannya ke majlis tersebut setelah peristiwa itu didedahkan oleh Suhaizan.
Selain itu, Suhaizan dilaporkan berkata, Salleh Tamjis turut diuji apabila doktor mengesahkan isterinya mengidap kanser tahap ke dua, juga merupakan exco DPPNJ.
Dalam pada itu, Suhaizan ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar tersebut telah menyebut ramai lagi dikalangan pimpinan negeri ini terlibat dengan sabotaj pihak tertentu seperti Mazlan Aliman, Ajk PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Rozali Jamil, AJK Dewan Harian Dewan Ulamak PAS Johor nyata membenarkan lagi bahawa perjuangan PAS adalah berada di landasan yang benar dan petanda Nusajaya bakal ditakluki dalam pilihan raya umum (PRU 13) kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan