"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Genggam warna ini ke Putrajaya

Mohd Sabri Said

(Nasrudin berucap kepada peserta perhimpunan ketika hujan renyai-renyai)
ALOR SETAR: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi mengajak seluruh ahli PAS supaya genggamkan bendera hijau dan tunjukan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa warna ini akan menyuluh jalan ke Putrajaya bersama dengan Pakatan Rakyat.


Perbuatan itu bukan untuk mengatakan keangkuhan sebaliknya ingin membuktikan kepada masyarakat awam bahawa PAS bukan bercakap kosong untuk menawan pusat pentadbiran kerajaan.


Ujarnya lagi, keupayaan PAS nyata terbukti dengan kesungguhan para pemimpinya yang inginkan kuasa bagi mengembangkan peranan dakwah yang selama ini dipandang kecil oleh Umno yang kononya parti melayu Islam terbesar di dunia.

(Nasrudin yang tiba dengan membonceng superbike dari Masjid Perwaja, Gurun)
"Tunjukan kepada rakyat dan Umno serta BN bahawa warna ini akan bersama mendaki Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Masa untuk Umno menunjukan taring tiada lagi, " jelasnya ketika berucap sempena pentas pemuda di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.


Jelas beliau lagi, kata-kata ini adalah laungan terakhir sebelum memecut ke garisan kemenangan. Biar apapun halangan yang ada warna hijau tetap melanda kerana cahaya yang menanti adalah cahaya kebenaran.


"Jangan pandang kanan atau kiri, tetapi halakan fokus terus ke arah sasaran kerana kerja berfokus merupakan bola yang boleh menyumbat ke gol.


"Usah bercakap soal remeh atau bercakaran berkaitan persoalan yang kecil yang akhirnya boleh melemahkan ikatan perpaduan yang kita jalingkan. Biarkan Umno melaungkan irama yang merosakan partinya bersendirian kita jangan sekali-kali menyahut kerana sahutan kita bermakna kemenangan bagi Umno dan BN, " katanya di hadapan puluhan ribu orang hadirin yang berada di padang yang berair.

(Ustaz Azhar ceramah menjadi acara kemuncak petang semalam)
Ahli PAS dan penyokong tegar pastikan mahukan nama PAS bergema di dunia global maka kerja yang penting ialah usaha memenangkan kerusi PAS yang ditandingi serta Dewan Undangan Negeri (Dun) yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).


Kedatangan ahli tanpa di upah dengan wang ringgit di Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya pada 1 Jun 2012 adalah sejarah untuk membuktikan kesungguhan PAS untuk berkuasa di Malaysia.


Anak muda hari ini terutamanya masyarakat bukan Islam tidak lagi gerun dengan PAS yang dulunya dianggap parti pelampau dan perkauman. Tetapi, kini semua tanpa batasan perkauman tidak lagi bimbang dengan kemunculan PAS sebagai parti yang mampu mengetuai pergerakan ke Putrajaya.


"Mereka telah tahu keindahan Islam yang ditunjukan oleh PAS maka tidak hairanlah bergondong-gondong mereka menyertai Dewan Perhimpunan Penyokong PAS. Apa yang diusikan oleh Umno dan BN dulunya dianggap satu penipuan, " tegasnya lantang.


Turut berucap di majlis berkenaan ialah bekas Menteri Besar Perak, Ir Nizar Jamaludin, bekas pencipta lagu, Bob Lokman, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz dan Dr Mariah Mahmud yang
mewakili Dewan Muslimat PAS Pusat.

(Maskot Pasti, Hadi dan Huda menarik perhatian)
Sebelum itu beliau diarak ke stadium dengan konvoi 200 motosikal dari Masjid Perwaja Gurun.


Bob Lokman turut memeriahkan suasana di ketika stadium berhujan. Turut berucap adalah Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abdub Nik Aziz dan Naib Ketua, Raja Ahmad AlHiss.


Kedatangan maskot Pasti Hadi dan Huda menarik perhatian ramai di samping pelancaran buku Siapa Sesat yang ditulis Ketua Pemuda PAS Marang, Khalil Abdul Hadi juga mendapat perhatian sepanjang Expresi Anak Muda ini.


Namun kemuncak perhimpunan adalah ceramah oleh ustaz selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang hampir memenuhkan stadium ini jika tidak hujan.

Tiada ulasan: