Mohd Sayuti Omar
Najib Razak melakukan kesilapan besar dalam memberi peluang kepada bukan ahli Umno untuk bertanding bagi memastikan partinya terus berkuasa dan dia sendiri akan menjadi perdana menteri. Apabila Najib memberi laluan kepada 'si laba-laba hutan' Zulkefli Nordin bertanding di Shah Alam tetapi menafikan si Salentia alias Inchek Ibrahim Ali untuk mendapat by di Pasir Mas, ia boleh dianggap sebagai 'istidraj' buat Umno.
Ibrahim: Belajar gali kubur.
Zulkefli adalah timbalan presiden Perkasa(m), manakala Salentia atau Ibrahim adalah presiden. Sepatutnya presiden diberikan keutamaan tetapi tidak timbalan presiden. Zulkefli yang dikenali sebagai Zul 9/10 akan berdepan dengan Khalid Samad di parlimen Shah Alam. Jelas apabila Umno mengirimkan bukan ahlinya untuk berdepan dengan calon PAS, parti berkenaan kehabisan modal.
Pencalonan Zul 9/10 ini juga membuktikan Umno tidak menghormati calon atau tokoh tempatan Shah Alam. Tahun 2004 dan 2008 Umno meletakkan si konspirator menjahamkan Anwar Ibrahim, Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam. Ini bermakna sudah tiga kali pilihan raya umum Umno Selangor gagal menurunkan tokoh tempatan dan sekaligus menunjukkan Umno Selangor kekeringan tokoh.
Bekas kawan Anwar, Ezam Mohd Noor yang sebelum ini disebut-sebut bakal mengepalai Umno untuk mengambil alih kekuasaan dan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat senyap sendu tanpa diletak bertanding di mana-mana. Rupa-rupanya Umno tidak begitu bodoh sangat dan teruja dengan kepahlawanan pulut kuning Ezam Mohd Noor.
Perletakkan Zul 9/10 itu adalah dipercayai untuk menjadi ulam muda kepada Pakatan Rakyat. Ia sungguh memalukan Umno khasnya Noh Omar yang sebelum ini cakap besar UBN akan tawan Selangor dan kononnya parti itu mempunyai banyak tokoh berkalibar. Apakah Umno sudah kehabisan tokoh di Selangor sehingga terpaksa membeli si laba-laba hutan yang kuat mengarut? Zulkefli Nordin dianggap sebagai si anjing oleh orang PKR dan rakyat Kulim Bandar Baru sepatutnya tidak layak lagi dibawa masuk ke dalam gelanggang kerana ia mencemarkan medan politik.
Manusia yang kuat berbohong begitu patut dinyahkan bukan saja dari alam politik tetapi apa-apa gelanggang sosial juga apa lagi agama kerana cakapnya lebih teruk dari Abdulah Ubay. Sebelum ini dia ini menang atas tikit PKR di Kulim Bandar Baru kemudian melacurkan dirinya untuk hidup dengan Umno. Proses beliau hendak menjadi pelacur semuanya di dalam pengetahuan saya.
Keputusan mengambil ahli parlimen melindungi kepala botak dengan kopiah ini, dan mengenepikan Ibrahim itu juga secara tidak langsung menempek Ibrahim yang merasakan dia begitu gagah dan pasti akan diberi laluan oleh Umno di Pasir Mas. Pengenepian Ibrahim itu menunjukkan beliau tidak lagi ada apa-apa nilai kepada Umno dan Najib Razak. Salakan hebat Ibrahim sebelum ini kononnya dia mampu menumbangkan Nik Aziz dan PAS hanya sebagai salakan kumbang lilin semata-mata. Apa yang berlaku ke atas Ibrahim itu adalah kifarah Tuhan atas dosanya kepada Nik Aziz.
Keputusan yang dibuat itu pastilah mengecewakan Ibrahim Ali. Tidak dapat tidak si Salentia itu akan membuat tindakan susulan mengejutkan. Yang tentunya dia tidak ada pilihan lain lagi melainkan bertanding atas tiket Bebas di dalam pilihan raya 5 Mei nanti yang akan melibatkan pertandingan tiga penjuru. Umno telah mengumumkan nama Timbalan Ketua Bahagian Johan Che Pa untuk calon parlimen. Pengumuman itu mengunci segala pintu helah dan muslihat Ibrahim.
Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, ia memberi kepenatan kepada Ibrahim. Apa yang berlaku di Pasir Mas mulai semalam ialah pelebaran liang lahad untuk mengambuskan jasab politik Ibrahim Ali. sudah ada rakyat yang benci dan muak dengan politik Inchek Ibrahim sudah membawa cangkul dan sikul untuk menggali kubnur dan liang lahad untuk mengembumikan jasad politiknya.
Tidak mustahil sekiranya tidak ada pengkhiatan oleh Johan Che Pa, Ibrahim akan hilang wang pertaruhan. Peristiwa semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tahun 2005 akan berulang kembali di mana Ibrahim akan dipolot dengan selut kekalahan sampai hilang pertaruhan. Kecualilah Johan Che Pa yang dikenali sebagai anak didik dan anak buah Ibrahim akan berkorban dengan melakukan pengkhianatan memberi laluan kepada Ibrahim dalam pilihan raya berkenaan. Mengambil iktibar atas kelicitan politik Ibrahim tidak mustahil Johan akan berbuat sesuatu sebagai membalas budi Ibrahim.
Apa pun usaha Johan atau sesiapa selepas ini untuk memenangkan Ibrahim ia akan dicop sebagai bajingan dan syaitan segala syaitan. Satu segi tindakan UBN tidak memberi laluan kepada Ibrahim seperti mana dilakukan kepada Zul 9.10 itu bagus. Ia memberi cabaran besar buat Mahathir Mohamad yang akan berkhemah di Pasir Mas untuk memenangkan Ibrahim Ali.
Kita ucapan selamat datang kepada Mahathir ke Pasir Mas untuk berhajat untuk membantu Ibrahim Ali. Pasir Mas akan menguji kekuatan dan pengaruh sebenar Mahathir dan juga Ibrahim Ali. Apa yang dapat dikatakan kalau Ibrahim tewas apa lagi sampai hilang wang pertaruhan malunya akan turut ditanggung oleh Mahathir Mohamad. Rasanya elok kalau lubang lahad politik di Pasir Mas diluaskan untuk memuatkan satu jasad lagi iaitu jasad politik Mahathir. Kekalahan Ibrahim bermakna kekalahan Mahathir.
Kematian Ibrahim akan mengheret kepada kematian Mahathir juga. Dan kematian Mahathir di Pasir Mas dalam membantu Ibrahim akan memberi kesan kepada nasib anaknya Mukhriz di Kedah yang disebut-sebut bakal dilantik menjadi MB. Apakah pilihan raya ke-13 ini akan hampak dan kohong dengan bangkai dua orang politik ini?
Manakala kepada Zul 9/10 yang telah bebohong dengan saya di dalam dua masjid suci, selamat menjadi kacang panjang buat Khalid Samad di Shah Alam. InsyaAllah saya juga akan naik pentas kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan