Aspan Alias
Benarkah calon-calon BN itu merupakan calon yang di kehendaki rakyat setempat dan ‘winnable’? Siapa yang menentukan mereka itu ‘winnable’ atau tidak ‘winnable’? Kalau benar mereka dipilih dari mereka yang ‘winnable’, kenapa banyak penolakan terhadap calon-calon-calon mereka sejak pengumuman senarai calon tiga hari yang lepas?
Seandainya perisikan untuk mencari calon yang ‘winnable’ itu benar-benar tepat kenapa calon DUN Johol di Kuala Pilah ditolak mentah-mentah malam tadi oleh orang-orang UMNO dan BN sendiri? Calon yang telah dipilih oleh BN, Ustaz Fadzil Kasim ditolak ramai-ramai oleh orang-orang UMNO sendiri sehinggakan Ustaz ini terpaksa dikawal oleh polis semasa hendak pergi ke kereta beliau?
Dulu, penyokong UMNO membaling telor dan batu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat apabila berada di tempat ceramah di banyak tempat dalam negara ini, sekarang mereka melakukan perkara yang sama terhadap calon ‘winnable’ sendiri.Apa sudah jadi? Sekarang dibanyak kawasan banyak berlaku ahli-ahli UMNO dan BN berdemonstrasi dengan sepanduk-sepanduk menolak calon-calon yang di pilih oleh parti.
Presiden UMNO selalu menyebut yang calon BN kali ini adalah dikalangan mereka yang di terima rakyat tetapi keadaan sebenar yang berlaku adalah sebaliknya. Dulu-dulu memang biasa calon yang di pilih pimpinan itu di tolak tetapi tidak pula sampai calon itu di tolak oleh ahli partinya sendiri sehingga terpaksa di kawal oleh Polis?
Insiden seperti ini berlaku di mana-mana sejak dua hari yang lepas. Ia berlaku di Selangor, Perak dan Kedah sehinggakan banyak bilek gerakan BN terpaksa di tutup. Bagaimana BN boleh mengaku yang UMNO akan kembali memerintah Selangor sedangkan bilek gerakan ada yang terpaksa di tutup? Keadaan ini boleh diibaratkan seperti pesawat yang terhempas sebelum berlepas?
Apa yang berlaku di Johol itu adalah disebabkan calon-calon UMNO di penuhi oleh orang-orang Mohammad Hasan sahaja. Mohamad Hasan nampaknya tidak ‘magnanimous’ sebagai pemimpin negeri. Beliau sedang berlawanan dengan kehendak rakyat.
Dulu kita di Negeri Sembilan anggap Mohammad ini adalah seorang pemimpin yang datang dari langit tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukan beliau hanya hendak cenderung untuk memilih kelompok belliau sahaja. Pucuk pimpinan negeri yang hebat sepatutnya telus dan berani menurunkan calon-calon yang lebih canggih dari beliau sendiri.
Oleh itu ramai menalipon saya yang PAS DUN Johol hampir pasti memenangi satu kerusi sebelum pun pilihanraya itu diadakan. Kalau begitu keadaannya DUN Johol ini akan di wakili oleh Uztaz Norazman yang di terima ramai bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS tetapi juga oleh rakyat yang ramai.
Maka calon PAS lah yang lebih ‘winnable’ di Johol itu bukannya calon Menteri Besar Mohammad Hasan. Sesungguhnya Uztaz Fathil itu adalah calon Mohammad Hasan, bukannya calon UMNO/BN.
Kalau saya berada di tempat Uztaz Fathil, saya akan pergi berjumpa Mohammad Hasan dan berkata, “Tok Mat, den tak naklah jadi calon Johol ni, sobab den di tolak rakyat. Macam mano nak jadi wakil rakyat?”
Keadaan ini bukan sahaja berlaku di DUN Johol, tetapi berlaku juga di DUN Juasseh dan Seri Menanti. Dalam keadaan terdesak seperti ini, Mohammad masih hendak berpuak-puak.Kalau Mohammad masih ada sisek kepimpinan beliau perlu menukar calon-calon Juasseh dan Seri Menanti itu. Masih ada masa untuk membetulkan keadaan.
Kasih Mohammad ini bertompok-tompok, bencinya merata-rata. Mohammad telah memecah belahkan semua Bahagian UMNO di Negeri Sembilan. Itulah yang akan terjadi jika politik negeri diserahkan kepada ‘political novice’ seperti Mohammad Hasan ini.
Bagi Pakatan Rakyat, pandai-pandailah mendekati rakyat. Jangan pulak berlaku seperti yang berlaku dalam UMNO. Saya mengingati PR kerana dalam PR sendiri terutamanya dalam PKR, ada unsur-unsur ini wujud.
Jangan bersikap angkuh hanya kerana sudah nampak peluang untuk mendapat mandat itu agak cerah. PKR wajar belajar dari kesilapan UMNO dan BN. Jangan buangkan air di tempayan terlalu cepat. Tunggu hujan turun dulu. Kalau hendak menembak pelandok, jangan bersorak dahulu sebelum menembak. Nanti pelanduk itu akan lari sebelum sempat menembaknya.
Setahun dua dahulu saya selalu membayangkan yang ratusan ribu ahli-ahli UMNO akan keluar parti melalui peti-peti undi dalam PRU13 ini. Nampaknya seperti biasa telahan saya itu tidak meleset.
Melakukan telahan yang tepat dalam isu ini tidak perlu mempunyai Phd atau Doctorate dalam kejuruteraan seperti taraf pelajaran calon-calon BN yang di umumkan oleh Najib itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan