Koh Jun Lin

Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'.
Daripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi
tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama.

Sebagai perbandingan, beliau berkata, negeri-negeri lain seperti Perak
dan Negeri Sembilan dan mempunyai bilangan yang kurang pengundi dengan nama yang sama.

Malah apabila Merap cuba mengurangkan kebetulan itu dengan mencari sekurang-kurangnya tiga padanan nama dan tarikh lahir, Lee berkata, beliau masih ada 263 pengundi di seluruh Malaysia yang memenuhi kriteria itu.
Dalam kebanyakan kes, pengundi ini nampaknya tinggal berdekatan

Mendahuluinya ialah Kedah dengan 50 pengundi, Perak (41), Kelantan (21), dan Kedah (26).
Dalam satu contoh, katanya, terdapat tiga pengundi bernama 'Ab Rapar Awang' berkongsi tarikh hari jadi yang sama pada 15 Julai 1949. Dua daripada mereka mendaftar untuk mengundi di parlimen Indera Mahkota, manakala seorang lagi mengundi di kawasan berjiran Paya Besar.
Sementara itu, Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah tertinggi pengundi berusia lebih 100 - masing-masing 1,062 dan 475 orang.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan