shalehudin
Setelah Presiden PAS mengumumkan calon untuk kerusi Parlimen P125 Putrajaya ialah Datuk Husam Musa, keretakan Umno Bahagian Putrajaya semakin parah.
Bukan sahaja dengan ketokohan yang ada pada Husam, tetapi Umno Putrajaya sendiri mengalami pertembungan yang cukup kuat sejak 2 tahun yang lepas.
Sejak akhir tahun 2011 lagi, peringkat akar umbi mula berbicara soal tampuk kepimpinan Tengku Adnan (gambar) di Putrajaya. Ia berikutan cakap-cakap umum khususnya pengundi di Putrajaya berkenaan keperibadian yang ada pada Tengku Adnan (Ku Nan).
Kita juga turut melahirkan kekesalan berhubung rekod saham judi yang dipegang oleh Ku Nan melalui syarikatnya Cimsec Nominees sebanyak 3.5 Juta dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto.
Ku Nan juga pernah mencatatkan kisah pilu buat umat Islam apabila berusaha bersama Kerajaan Negeri Pahang untuk memeliki saham dalam Bukit Tinggi resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat aktif dalam kegiatan berjudi “mesin”.
Ini juga termasuklah cadangan jahil yang dilontarkan oleh Ku Nan kepada kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menambah tempoh masa operasi Pusat hiburan hingga jam 5 pagi.
Sampai masanya untuk Ku Nan berundur.
2 ulasan:
aku pun akan PUCAT LESI LESU jika Tengok ULAMAK PAS dalam VDO 11 minit tak sakit lutut pun tapi akan kena SULA dengan buluh runcing DIRODOK macam CITER SEMERAH PADI baru tau LUTUT sakit ke tak?
Najib perlu malu dengan KENYA...http://tunhisyamudin.blogspot.com/2013/04/najib-perlu-malu-dengan-kenya.html
Mhon link :)
Catat Ulasan