"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umi Hafilda jangan main hentam kromo, nanti mati susah!

senik

Assalamualaikum,,,..


Umi Hafilda macam tak serik serik, terus dengan lagu dia! Tapi kali ini lebih menjadikannya betina gharib(istilah orang Teganu untuk wanita tak bermaruah) kerana keceluparan mulutnya yang tak tahu malu dan tak tahu adat sopan melayu ketika berkata kata.

Kata kata seperti main punggung, penzina dan peliwat jadi bahan wiridnya di mana mana saja dia bercakap. Perempuan melayu jenis apa macam ni? Jenis UMNO barangkali kerana memang UMNO sukakan benda benda lucah! atau perempuan jenis tak belajar ilmu ugama dan adat istiadat melayu serta perempuan yang tak takut mati dan azab kubur.

Kerana tidak takut mati, Umi Hafilda mengulangi sumpah laknat seperti tahun 1998 dulu. Dia sedar tiada apa apa kesan dari sumpah laknatnya dulu, jadi dia bersumpah lagi. Mungkin padanya sumpah itu tidak bermakna apa apa sekadar untuk meyakinkan orang bahawa dakwaannya mengenai DSAI benar.

Umi Hafilda menuduh DSAI penzina pada ketika dia tidak pernah menjawab pengakuan seorang petani dari Serawak bahawa dia pernah berzina dengan Umi Hafilda ketika menjadi saksi perbicaraan DSAI tahun 1998 dulu. Mulut Umi Hafilda menjadi semakin lancang ketika menyerang Nurul Izzah di Pantai Dalam.

Tanpa menghormati Nurul Izzah sebagai perempuan, isteri orang dan anak orang dia menuding jari kepada Nurul Izzah dan mendakwa bapak Nurul Izzah adalah penzina dan peliwat. Dia menuduh ketika DSAI meliwat Azizan, Nurul Izzah masuk bilik dan melihat aksi bapanya.

Sungguh celupar Umi Hafilda. Walaupaun bermati matian Umi Hafilda menyerang Nurul Izzah tapa sedikitpun rasa hormatnya, tetapi hakikat yang berlaku tidak menyokong Umi Hafilda. Lainlah kalau Umi Hafilda menampilkan kedudukan semasa Azizan yang didakwanya menjadi mangsa liwat DSAI dan mengemukakan bukti anak saudaranya adalah darah daging DSAI seperti didakwanya dulu bagi menjustifikasikan tuduhan zinanya terhadap DSAI.

Barang diingat dalam Islam Umi Hafilda perlu mengemukakan 4 orang saksi, bukan bersumpah dan kalau gagal, menuduh wanita yang baik berzina akan menyebabkan Umi Hafilda boleh disebat 80 kali kalau hudud dilaksanakan.

Ini bermakna, tiada siapa termasuk Umi Hafilda boleh celupar menuduh membabi buta dan sepatutnya juga UMNO yang mana pentasnya digunakan oleh Umi Hafilda tidak membenarkan Umi Hafilda mengaibkan orang secara public.

Kalau apa yang dikatakan Umi Hafilda itu betul, tidak sepatutnya dia membuka aib orang tetapi kalau Umi Hafilda cuma hentam kromo sedangkan apa yang dikatanya tidak benar sama sekali maka Umi Hafilda sudah mengaibkan orang dengan kebenaran UMNO (Itu yang berlaku) dan tunggulah balasan ALLAH kalau tidak di dunia ini semasa hidup sudah tentu selepas mati.

Umi Hafilda jangan hentam kromo, nanti mati susah!

2 ulasan:

Sabina45 berkata...

Tak payah tunggu mati kita berdo'a saja minta Allah panjangkan umurnya seper Mahadey mamak kutty,lepas itu kita lihat bagaimana rupa ia dan balasan dari Allah,kita masih hidup bila Mahadey kutty sedang menerima balasan Allah keatas kerja buat dia yang sentiasa menyanggah hukum-hukum Allah ,satu persatu perkara buruk yang dilakukannya terbongkar oleh orang yang dia sendiri arahkan, dan kerana dia jugalah negara telah diceroboh,bagitulah juga akan berlaku pada betina ini (Maaflah Azmin dan saudara-saudara beliau kerana buat sedikit teguran pada adik anda) jika dipanjangkan umurnya kita boleh lihat juga bagaimana dan bentuk rupa balasan dari Allah kelak wallahu'ahlam.

Unknown berkata...

Anda semua dah buts mata dan hati. Umi bersumpah jika berbohong dia Meminta allah turunkan balasan terhadap diri beliau. Pekak dan dungukah ands dan teman teman pkr.atau pun sikap anda semua memang semua dalam pkr termasuk wardina safiah
anda dan teman2 anda adalah melayu tetapi pengecut tidak seperti dia, tun, saya dll