modayu
Kejadian ini berlaku baru2 ini dikelantan. Kejadian yang amat tragis ini menggemparkan negara khususnya buat penyokong-penyokong perkasa. Tidak sangka saudara ibrahim ali (IA) yang ramai kawan dan lawan ini dibunuh sebegitu rupa sehinggakan jasadnya terbiar sebegitu tanpa sebarang pembelaan terutama oleh pengikut-pengikutnya dari perkasa.
Seminggu sebelum kejadian IA 'dibunuh' secara terang dan nyata oleh sahabatnya itu, beliau telah 'dicalonkan' oleh DR M sebagai pahlawan di pasir mas. Ketika IA bangga dengan pencalonan tidak rasmi oleh Dr. M, beliau terus yakin bahawa apa yang direkomen oleh Dr. M pasti menjadi kenyataan.. Banyak sungguh kenangan bersama beliau ketika bersama perkasa dahulu. Kejadian bagaimana IA dibunuh itu sudah diketahui umum dan 'pembunuhnya' sudah diketahui.. Begini agaknya bagaimana pembunuhan itu dilakukan.. rasanyalah kot.
Ketika Najib mengumumkan pada isnin 15.4.2013 akan diberi surat tauliah perlantikkan ADUN dan MP, maka IA sudah berkira2 akan namanya naik nanti. Maka tiket kapal terbang menuju kekelantan lalu ditempahnya. Ini kerana pada hari selasa akan diumumkan nama2 yang berjaya untuk mewakili BN di kelantan oleh pengerusi BN negeri.
'Pasti aku akan berjuang demi UMNO dipasir mas bermati-matian'. Bisik hati IA ketika menaiki pesawat kekelantan.
Dalam perjalanan menuju kekelantan, hatinya berasa amat girang kerana dapat berbakti kepada rakyat pasir mas sekali lagi dan kali ini menggunakan bendera dacing pula.Beliau akan tunjukkan bagaimana pasir mas boleh dibangunkan dengan jayanya.Ini janji dia utpasir mas.
Ketika tiba di kota bahru, ramai orang2nya menyambut ketibaan beliau dilapangan terbang. Tiada musuh yang menunggu untuk menembaknya disitu, dan musuh2 beliau tidak berminat untuk membunuh beliau secara tidak gentlemen begitu.
Setelah bermesra dengan penyokong2nya di lapangan terbang, maka beliau pun pulang kekediamannya di pasir mas untuk berehat. Dan malam pula ramai penyokong2 beliau bercerita akan peluang BN dipasir mas pasti cerah jika IA dapat berkhidmat semula disitu. Mereka juga bercerita bahawa keesokkan hari ketika pengerusi BN negeri mengumumkan calon2 yang layak, pasti nama IA ada terselit sekali. Girang IA mendengar namanya akan disebut esok nanti.
'Taulah korang orang PAS,aku pastikan korang berkubur disini'. cetus hatinya sebelum tidur dikamar beradunya.
"IA dibunuh pagi ini!!!" bisik penyokong IA setelah pengerusi BN negeri mengumumkan nama2 calon keesokkanya.
"siapa yang bunuh IA?". tanya kawan sebelahnya.
"Najib telah bunuh IA dengan kejam, IA tu banyak bantu sokong najib, tapi najib tetap bunuh IA". jawab sorang lagi disitu.
IA dibunuh dengan menggunakan pistol sahaja tanpa memerlukan mesin gun yang canggih. Modus operandi pembunuhannya amat jelas, Najib tidak memerlukan orang seperti itu diBN kelantan dan stopa juga tidak suka dgn IA dikelantan.
Kawan rapat IA di selangor sudah mendapat habuannya di shah alam. Beliau selamat dari dibunuh oleh sahabat2nya. Zulkifli Nordin kini mendapat tempatnya di SHAh Alam.
'Padan muka ko IA, aku bakal jadi MP pasni ni..hehe!'. seronok zulkifli Nordin
Begitu tragis 'pembunuhan' IA dipasir mas dan sehingga kehari ini pengikut2nya meratapi kehilangan beliau yang amat sangat.
-Laporan dari HMnews-
Semoga 'pemergian' IA itu mendapat manfaat yang besar kepada penduduk2 pasir mas khususnya dan Malaysia amnya.
##untuk akhirnya marilah kita dengar pesanan Loqmanul Haqim yang dipesan beribu tahun yang dulu semoga ianya menjadi panduan kepada kita dalam menguruskan kehidupan kita dengan lebih elok dan mulia.
semoga bermanfaat.
wallahuaklam
md daud yusri alhutan melintangi
Perlukan walkie talkie utk PRU13? dapatkannya disini @ www.dadiydoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan