"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dato Nasir Sah Timbalan Menteri Pelajaran, Shabery ditendang

salehgong

Sempat berjumpa dengan rakan yang bekerja di Pejabat Perdana Menteri, khabarnya senarai nama Ahli Kabinet sudah siap walaupun ramai yang menjangkakan isu MCA enggan berada dalam kabinet akan melewatkan perlantikan ternyata merosot.

Yang menjadi fokus saya untuk ketahui adalah senarai kebinet dari Terengganu, adakah yang berkenan dimata Datuk Seri Najib untuk dilantik ke kabinetnya. Bila rakan saya mula bercerita amatlah mengejutkan apabila nama pertama yang disebut adalah Shaberry Cheek yang telah tersingkir dari senarai kabinet Najib Razak.

Ini berikutan perestasinya atau KPI yang rendah walaupun banyak liputan media mengenai KBS dan dirinya tetapi tiada pengisian, sama juga seperti waktu beliau memegang Kementerian Penerangan. Kuota Menteri Terengganu akan diberikan kepada Dato Seri Idris, ini sememangnya tidak menjadi kejutan kerana nama Idris telah dicanang untuk memegang jawatan Menteri penuh sebelum ini, khabarnya beliau akan diberi tanggungjawab untuk mengepalai Kementerian Pendidikan Tinggi, mengambil tempat Datuk Seri Khaleed Nordin yang diangkat sebagai MB Johor yang baru.

Yang paling mengejutkan adalah maklumat yang diberikan oleh rakan saya mengenai lantikan Dato Nasir, calon BN yang tewas baru baru ini sebagai Ahli Dewan Negara lantas telah dimasukkan kedalam senarai kabinet, Dato Nasir dikatakan sah memengang portfolio Timbalan Menteri Pelajaran, ini juga dikatakan adalah cara Datuk Seri Najib untuk memikat kembali pengundi Kuala Nerus dengan memberi kepercayaan kepada Pemimpin utama Kuala Nerus ini berada dalam kabinet walaupun kalah dalam pilihanraya baru-baru ini.

Umno di Terengganu kini lebih parah berbanding 2008, krisis dalaman amat membahayakan dimana dengan perlantik Nasir kedalam kabinet telah secara rasminya mencipta satu lagi kumpulan dalam Umno selain dari kumpulan Ahmad Said dan Idris.

Tiada ulasan: