KOSMO!

ORANG awam bergegas ke arah bangkai pesawat yang sedang terbakar untuk menyelamatkan penumpang yang terperangkap di dalamnya. - Zayra Garza/NBC
TEXAS – Sebuah pesawat perniagaan yang membawa enam orang penumpang telah terhempas dan terbakar di sebuah lebuh raya di Laredo, Texas, lapor portal berita CBS News.
Kejadian itu mengorbankan seorang mangsa dan mencetuskan keadaan huru-hara apabila orang ramai keluar dari kenderaan masing-masing untuk cuba memecahkan tingkap kokpit dengan cemas bagi membebaskan mangsa di dalam.
Dua individu kelihatan berlari membawa tukul besi dan penyodok, yang digunakan untuk menghentam cermin kokpit dan cuba untuk membuka pintu pesawat.
Penyiasat dari Jabatan Polis Laredo, Jose Baeza berkata, pesawat tersebut terhempas di lebuh raya Loop 20 berhampiran sempadan Texas-Mexico pada jam 10 malam (waktu tempatan),
Setakat ini, masih tidak jelas sama ada mangsa yang maut itu berada di dalam pesawat atau di atas jalan raya.
Rakaman kamera papan pemuka yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pesawat tersebut menggelongsor laju di lebuh raya dan melanggar tiang lampu sebelum berhenti.
Pesawat itu terhempas tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Laredo.
“Ia kelihatan seperti sebahagian daripada babak filem. Saya sangat terkejut,” kata Zayra Garza, seorang pakar kecantikan yang sedang memandu untuk menghantar rakan sekerjanya pulang apabila dia terserempak dengan nahas tersebut. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan