"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Gambar dan punca isteri Matyo maki hamun Pengawal Keselamatan

Blog plbgaimacam.blogspot.com

Penyebaran sebuah video yang memaparkan isteri Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) iaitu Shahrul Aisya memaki hamun seorang pengawal keselamatan telah menggemparkan seluruh peminat bolasepak tanahair.

Video berkenaan dimuatnaik semalam menerusi laman Youtube oleh seorang individu yang dirahsiakan identitinya. Ekoran itu, Shahrul telah dikritik dan dikutuk teruk orang ramai. Rata-rata komen peminat tidak senang dengan tindakan tersebut dan meminta Mat Yo agar menceraikannya.

Kemarahan isteri bekas penyerang Kelantan itu dikatakan berpunca daripada tindakan seorang pengawal keselamatan menegurnya kerana meletakkan kenderaan di tempat yang salah. Untuk lebih jelas dan lanjut korang saksikan sendiri video penuh
Saya sudah serahkan kes ini kepada polis= Bini Mat Yo
Subang Jaya: “Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam untuk mendapat penjelasan berhubung klip video dia bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan yang tersebar dengan meluas di Internet sejak malam kelmarin.

Difahamkan, adegan pertengkaran Siti Aisya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, di sini, berlaku di pekarangan lapangan terbang berkenaan pada 12 September lalu.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo.
Foto
AZMAN menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya./hmetro

4 ulasan:

Jalak Lenteng berkata...

mat yo.....ko ceraikan jer perempuan tk ada moral nih...

PelangiMalam berkata...

Siapa yg DAYUS sebenarnya. Mat Yo atau Pak Guard tuh..

Kalu suami (sbg ketua keluarga) x leh control isteri terutamanya dlm situasi mcm tuh, bukan ke dayus namanya?

p/a: Gaya laki takut bini ke atau bini x takut laki atau kedua2nya skali?

Syaiful Izwan berkata...

Jom kita tunggu kebenaran terbongkar..kita tak boleh nak judge based on 1 video..mesti dari pihak mat yo pun ada yang nak di pertahankan.

Admin infoaday.blogspot.com

Gold Beetle berkata...

apakah isteri mat yo perlu latihan seperti ini sebelum hadapi pakcik guard atau minta maaf sahaja lebih baik http://youtu.be/m7q09ibgYq8