"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar yang buat Ibrahim Ali naik angin!!

laniismaa
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali naik angin apabila Pemimpin PAS Kedah, Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.

Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri.

Ibrahim Ali berkata tindakan tersebut kerana nak meraih undi Cina.

“Ini semua politik dan untuk meraih undi pengundi Cina terutama bekas ahli PKM. Chin Peng ini manusia kufur. Bagaimana pemimpin PAS yang beragama Islam ini boleh memberi penghormatan kepada pemimpin kafir seperti Chin Peng?” kata Ibrahim Ali kepada The Malaysian Insider.

Itu kerana pemimpin PAS yang pergi, kalau pemimpin Umno yang pergi nadanya tentu tak sebegitu!!. Ibrahim Ali juga menyelarkan Mat Sabu kerana kenyataan sebelum ini.

“Sejarah Abu Jahal di Mekah dan Firaun di Mesir berbeza dengan Chin Peng. Apakah Mat Sabu tidak mengetahui sejarah Islam? Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan telah membunuh ramai askar Melayu Islam.

“Selepas peristiwa pembukaan Mekah, Allah dan Rasul melarang orang kafir memasuki Mekah. Besar implikasinya. Ramai lagi orang kafir mati di Mekah tetapi Rasullulah SAW tidak memberi penghormatan malah berdoa untuk orang kafir,” katanya.
Fadzil_Baharom_PAS_Chin_Peng
Gambar : Fadzil Baharom, dua dari kanan. - Resipi

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salahkah kita sebagai Islam memberi penghormatan kepada orang bukan Islam yang dah meninggal dunia?
Ibu dan Ayah aku bukan Islam. Tak kan aku tak boleh memberi penghormatan terkhir kepada ibu bapa aku dengan kapasiti sebagai seorang anak?
Brahem katak, hang ni memang spesis ular, lidah bercabang. Tak payah aku sebut di sini sebab hang memang tahu dan sedia maklum yang hang tu jenis ular @ biawak.