"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengolakkan dalam PAS, Phahrolrazi ada kepentingan?

Tranungkite
Siapakah Phahrolrazi dan menjawab fitnah terhadap Allahyarham Ust Azizan Razak oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) didalam bukunya.
Dalam buku MSO, ‘Kejatuhan PAS Kedah’, Phahrol menyatakan antara sebab dia menentang Ust Azizan ialah kerana Ustaz telah membatalkan Projek Ladang Sejahtera… Dia marah sangat sebab projek itu sudah ada pelabur dari China! Betul kah begitu?

Sebenarnya, Projek Ladang Sejahtera tidak pernah dibatalkan, malah dirancakkan lagi dengan penglibatan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan (KLPK) sebagai agensi pelaksana, berkerjasama dengan Kedah Agro. Ustaz Azizan merasmikan pembukaan dan menyerahkan dividen pertama kepada 250 peserta fasa pertama Ladang Sekahtera Gunung Inas di Baling.

KLPK dan Kedah Agro (anak syarikat MBI) telah mengenalpasti beberapa kawasan lain untuk dibangunkan ladang-ladang itu, dan peserta program telahpun dipilih dari kalangan rakyat kedah berpendapatan dibawah RM750 yang mendaftar dengan e-sinar. Tidak kurang 5 keluarga miskin disetiap kampung telah dipilih untuk menyertai projek Ladang Sejahtera.
Ladang Sejahtera adalah ilham Ust Azizan, diubahsuai daripada satu proposal projek ladang getah klon balak (TLC) sebagai ladang hutan di zaman BN antara Kedah Agro dan PT Rubber (M) Bdn Bhd. Ia dibiayai oleh pinjaman mudah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC).

Phahrol selaku Exco Pertanian waktu itu telah mengarahkan kerjasama itu dibatalkan kerana mendakwa individu yang mengetuai PT Rubber adalah kroni UMNO.

Oleh itu, MB telah mengarahkan projek itu diusahakan oleh Kedah Agro dengan penglibatan KLPK sebagai agensi pembangunan ladang. Maka projeknitu dinamakan Projek Ladang Sejahtera! Pembangunan ladang buah-buahan di pinggir tasik Pedu yang dilancarkan dengan himpunan besar-besaran sebelum PRU -13 adalah salah satu komponen program ini.

Rancangan yang dibatalkan ialah pengambilalihan Kilang Hivea Bukit Perak oleh beberapa individu melibatkan pelabur dari China. Bagaimana ia terjadi?

Begini…..

Phahrol mendakwa Kilang Hivea milik PKNK yang diuruskan oleh Kumpulan Ladang2 Perbadanan telah mengalami kerugian RM20 juta dan pihak pengurusan telah memanipulasi Akaun Kumpulan Ladang Perbadanan diketuai oleh Dato’ Shahabudin Shafie – Kenalan MB yang dilantik mengetuai GLC.

Dato’ Phahrolrazi mendakwa YAB DS Ustaz Azizan membawa masuk individu yang tidak dikenali oleh pimpinan parti untuk mengetuai GLC dan mereka mengambil kesempatan di atas ruang di GLC untuk mengautkan kekayaan dan menyebabkan kerugian. Tiada siapa yang dapat membuat teguran kepada Dato’ Shabudin kerana beliau adalah kenalan yang sentiasa dipertahankan oleh YAB DS Ustaz Azizan.

Dato’ Shabudin Shafie ialah bekas Ketua Pengarah RISDA, dilantik mengetuai Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan (KLPK), selepas CEO sebelumnya meletak jawatan sekitar bulan Mei 2008.

Sejak Januari 2012, Dato’ Shabbudin dilantik menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah Berhad (MBI) hingga Julai 2013 (Berhenti selepas kontraknya tamat setelah kerajaan bertukar). Disamping itu beliau jugak memantau perjalanan KLPK dan Kedah Agro (anak syarikat MBI).
Beliau didakwa oleh Dato’ Phahrolrazi telah menyembunyikan kerugian Kilang Hivea Bukit Perak Sdn Bhd (milik Syarikat Ladang Bukit Perak Sdn Bhd – anak syarikat PKNK yang diuruskan oleh KLPK) sebanyak RM20 juta dan memanipulasi akaun Kumpulan Ladang untuk dilihat mencatat keuntungan, tetapi sebenarnya mengalami kerugian.

Beliau mengarahkan KLPK menyumbangkan RM3 juta kepada PKNK jika benar- benar mencatat keuntungan, tetapi Dato’ Shabudin gagal berbuat demikian. Ini bermakna KLPK tidak mencatat untung seperti seperti yang dinyatakan oleh Dato’ Shabudin dalam penyata syarikat.

PENJELASAN

RM 20 juta yang didakwa rugi itu ialah wang tuntutan cukai ses yang dituntut daripada Risda oleh Ladang Bukit Perak Sdn Bhd (milik PKNK yang diuruskan oleh KLPK) telah tersilap bayar terus ke akaun PKNK. Wang itu tidak rugi atau hilang sebaliknya ada dalam akaun PKNK yang sedang diuruskan oleh akauntan dan juruaudit untuk dipindahkan balik kepada Ladang Bukit Perak Sdn Bhd.

Dakwaan bahawa Kilang Hivea disalah urus hingga mengalami kerugian RM20 juta adalah tidak benar. Operasinya dihentikan semala hampir dua tahun untuk proses menaik taraf mesin dan kelengkapan. Sepanjang proses itu, KLPK telah mengeluarkan kos menaiktaraf dan overhead kilang sekitar RM5 juta.
Operasinya telah berjalan semua sejak September 2011dan telah mencatat pulangan RM700 ribu sehingga Disember 2011. Bagi tahun 2012, operasinya diunjurkan akan mencatakan keuntungan sebanyak RM3 juta.

Isu ini dibangkitkan dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha yang telah dibuat oleh Dato’ Phahrol dan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang juga pegawai kanan di PKNK (Bob a.k.a Mustafar) yang merancang membawa masuk pelabur asing dari China untuk mengambil alih kilang ini.

Proposal ini telah diluluskan oleh EXCO PKNK tetapi dibatalkan oleh PKNK dalam mesyuarat penuh Ahli Lembaga Pengarah PKNK atas alasan kilang itu telah siap dinaiktaraf dan telah beroperasi semula dan sedang mencatat keuntungan. Adalah tidak masuk akal menjual sebuah kilang yang sedah dinaiktaraf dan sedang beroperasi,

Dato’ Phahrolrazi adalah EXCO PKNK dan dipercayai mempunyai kepentingan di atas proposal ini melalui pembabitan rakan yang juga jirannya – Man Juta.

Phahrol mengetuai delegasi lawatan ke China dan Hong Kong (2 kali) mengadakan perjanjian dengan pelabur bagi mengambil alih operasi kilang tanpa mandat daripada PKNK, Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berauthoriti. Dia juga tidak memaklumkan tindakannya itu kepada MB yang juga Pengerusi PKNK. Dia bertindak tanpa mandat mewakli kerajaan negeri mencari pelabur untuk mengambil alih sebuah kilang milik PKNK.

Mesyuarat penuh ALP PKNK kemudiannya mengarahkan rancangan ini dibatalkan memandangkan tiada keperluan untuk menjual kilang itu. Man Juta kemudiannya diarahkan oleh Phahrol menyaman PKNK di mahkamah menuntut jutaan ringgit sebagai gantirugi.

Dalam ‘Pertemuan Mentaloon’ , hal ini dibangkitkan oleh Phahrol dan mendakwa Ust Azizan telah memalukannya dimata pelabur China dengan pembatalan itu.

Phahrol melalui tulisan MSO dalam buku ‘fitnahnya’ telah berbohong kononnya Ust Azizan membatalkan projek Ladang Sejahtera- untuk menutup persundalannya dengan Bob dan Man Juta untuk kepentingan diri mereka dalam rancangan itu. Yang batal ialah rancangan tamak mereka menjual kilang getah yang siap dinaiktaraf dan sedang beroperasi dengan keuntungan! Inilah gaya Presiden PasMa! Beginikah gaya pentadbiran bekas ‘bakal MB Kedah’ yang siang malam berusaha menjatuhkan ketuanya sendiri? Kini dia mendakwa PasMa bertujuan menyelamatkan PAS? Selamat daripada siapa?!

Kalau niat dia sebaik itu, kenapa dia perlu berbohong melalui penulis upahan seperti MSO? Lagi kerap dia berbohong lagi banyak kebenaran tentang dirinya akan didedahkan.

Catatan: Cukai ses ialah cukai yang diambil oleh kerajaan dalam urusan jualan komuditi getah untuk eksport dan domestik untuk bantuan tanaman semula getah di tadbir oleh RISDA.

Skim tanam semula bagi sektor estet diwujudkan berasaskan peruntukan di bawah seksyen 10, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 setelah dipinda oleh Akta RISDA 1972.

Skim yang dinamakan Rancangan Perusahaan Getah (Penanaman Semula) Bagi Estet 1974 memperuntukan supaya wang SES yang dipungut dikembalikan kepada ladang-ladang besar (melebihi 40.5 hektar) mengikut bukti pengeluaran mereka setiap suku tahun. ..

AMACAM…????

Dari FB Alia UmairahFarhanah

Tiada ulasan: