"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Angkuh?: Guan Eng sekali lagi salah letak kereta

Guan Eng_car_300
PULAU PINANG: Kenderaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menggunakan nombor pendaftaran PG 1 sekali lagi mengundang kontroversi apabila dikesan didiletakkan di luar petak letak kenderaan.

Selepas insiden pertama pada November lalu yang mengundang pelbagai cemuhan dan aduan daripada pengguna, nampaknya, Ketua Menteri itu masih tidak belajar daripada kesilapan lampau.

Dirinya yang dilihat seolah-olah kebal undang-undang kerana kenderaan jenis Mercedes-Benz S300L itu bukan sahaja dikesan diletakkan di luar petak letak kenderaan, malah di sebelah pili bomba di King Street, Georgetown.

Ia telah menjadi perbualan hangat media sosial khususnya dalam kalangan penduduk negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan pengguna media sosial apabila ada yang mendakwa terdapat petak meletak kenderaan yang kosong di lokasi itu namun tidak digunakan pemandu kenderaan rasmi Ketua Menteri berkenaan.

Gambar yang dimuat naik dan dikongsi beberapa pengguna media sosial Facebook juga turut mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk mengaitkannya dengan salah guna kuasa oleh Ketua Menteri.

Tidak ketinggalan yang mencadangkan mana-mana penduduk negeri itu yang pernah disaman PBT kerana kesalahan letak kenderaan memulangkan semula notis saman mereka kerana mendakwa PBT memilih bulu dalam penguatkuasaan mereka.

Sebelum ini, kenderaan rasmi Guan Eng diletakkan secara haram di lorong basikal berhadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.
-fmt-

Tiada ulasan: