"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah video ugutan bunuh terhadap IGP



Adam Abu Bakar 
PETALING JAYA: Tidak sampai sebulan isu sekumpulan anak muda yang tampil dengan video mengancam untuk membakar mercun di hadapan mahkamah sebagai tanda protes, kini satu lagi rakaman video dikeluarkan dengan ugutan untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Video berdurasi 1:27 minit itu dimuat naik oleh sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD), antara lain bertanyakan kepada umum samaada mereka sedar bahawa negara seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China menjadi maju dan dihormati kerana rakyatnya memilih untuk menidakkan sistem demokrasi bagi menggulingkan rejim yang korup sebelum negara mereka mencapai sistem yang stabil dan adil.

Rakaman tersebut menjelaskan bahawa mereka akan membunuh dengan cara meletupkan kenderaan kereta milik Ketua Polis Negara. Bagaimanapun, tarikh dan di mana ugutan tersebut akan dilaksanakan tidak diberitahu.

Mereka percaya dengan bertindak demikian akan menakutkan ketua-ketua agensi kerajaan yang lain dari terus menjahanamkan sistem demokrasi.

Bukan itu sahaja, tiga individu yang berpakaian serba hitam dan menutup muka mereka turut mengingatkan bagaimana rakyat negara ini telah dikecewakan oleh sistem yang dipanggil demokrasi serta mempersoalkan mengenai keberkesanan beberapa jawatan tertinggi di Malaysia apabila jawatan-jawatan ini diisi oleh ‘ejen’ yang menghancurkan sistem tersebut.

“Adakah rakyat Malaysia boleh menukar Pengerusi SPR melalui demokrasi? Adakah ketua hakim negara boleh ditukar melalui demokrasi? Adakah Ketua Polis Negara boleh ditukar Pengerusi melalui demokrasi?”

Mereka juga percaya, rakyat Malaysia akan bangkit memilih jalan bukan demokrasi.

Video tersebut berakhir dengan gimik kereta mainan diletupkan berlatarbelakangkan naratif kata-kata kesat yang dilempar terhadap sistem demokrasi negara.

Video yang dimuat naik pada 23 Februari oleh Anonymous Malaysia menggunakan judul ‘Peringatan kepada IGP’ telah ditonton 1386 pengguna laman sosial.
-fmt-

Tiada ulasan: