"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Tang ni saya respect Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar enggan bertolak ansur terhadap sebarang alasan bagi mengekalkan operasi kedai vape di negeri itu memandangkan ia memberi kesan kepada kesihatan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mengharamkan kedai menjual vape di seluruh negeri itu dan memberi tempoh sehingga 1 Januari 2016 kepada pekedai bagi menghentikan operasi, lapor portal mStar hari ini.

Baginda kelihatan serius apabila enggan bertolak ansur mendengar sebarang alasan bagi mengekalkan operasi kedai-kedai itu.

"Saya mahu premis vape ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman.

"Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape," baginda bertitah seperti dilaporkan portal itu.

Menurut baginda, Johor berhak menguatkuasa undang-undang kerajaan tempatan bagi menguatkuasakan arahan itu.

Titah baginda lagi, ahli politik sewajarnya berhenti menjuarai sentimen ahli perniagaan yang terlibat dalam industri itu dan melakukan ugutan politik.

"Kenapa ada ahli politik yang mengalah terhadap ancaman ini? Saya mahu tahu jika ahli perniagaan ini membenarkan anak-anak mereka untuk menggunakan vape jika ia benar-benar selamat dan tidak mengganggu kesihatan seperti didakwa.

"Apakah kamu mahu melihat anak-anak terus menggunakannya?

"Ia perniagaan baharu tetapi apa pula bentuk perniagaan yang mereka lakukan sebelum ini? Berpatah balik kepada pekerjaan anda sebelum ini," katanya.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: