"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua kanak-kanak mati disembelih ibu di Kedah

mum_kill
SUNGAI PETANI: Dua adik beradik berumur dua tahun empat bulan dan enam tahun ditemui mati, dipercayai disembelih ibu mereka sendiri di kediaman mereka di Taman Wira Indah, Sungai Petani, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang pada Selasa, kanak-kanak lelaki dan kakaknya itu ditemui di dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran darah, lapor Berita Harian Online.

Jurucakap polis berkata, ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pihak polis.

“Polis datang tidak lama kemudian lalu menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa,” katanya.
-fmt-

Tiada ulasan: