"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: Kisah sebalik video lelaki didakwa disihir bini muda

KISAH SEBENAR VIDEO LELAKI DISIHIR BINI MUDA
Janda muda beranak tiga itu dikatakan sanggup mengambil jalan sihir bagi memisahkan suami dengan bekas isteri dan anak-anaknya.

Video berdurasi 3 minit yang viral di laman sosial itu menunjukkan seorang lelaki sanggup menyimbah air dan mengusir anak-anaknya yang berada di luar pagar.

Difahamkan, 4 beradik berkenaan berjumpa ayahnya untuk untuk meminta diwalikan namun disimbah air sebanyak tiga kali.

Menurut individu yang memuatnaik video itu, lelaki itu merupakan merupakan seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Sanglang, Perlis.

"Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan bini muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa bagaikan dikawal oleh isteri muda. Semoga Allah memberikan balasan kepada bini muda yang memutuskan pertalian darah daging," katanya.

Anak saudara lelaki itu, Adam Haziq juga tampil menceritakan kisahnya. Menurutnya, Ayah kepada saudaranya telah berkahwin dengan bini muda dan apa yang berlaku, ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga diabaikan. Walaupun begitu, anak-anaknya selalu merinduinya.

Anak-anaknya itu pergi ke rumah lama ayahnya untuk bertemu dengan ayahnya. Namun, mereka disambut dengan simbahan air baldi oleh ayahnya, isteri muda dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu ayahnya sambil membaca rukyah dan sehinga azan berkumandang.

Tiba-tiba, keluar perkataan "Lada Ayah" di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayahnya bersama isteri mudanya. Anak saudaranya itu juga pelik dan mempersoalkan kejadian pelik itu. Lada Ayah? Mereka meminta siapa-siapa yang pakar dalam bidang sihir dan mistik untuk menghubungi mereka mengenai apa yang mereka perlu lakukan untuk menghadapi situasi misteri sebegini.

Abah siram, halau anak kerana disihir bini muda? oleh kinitv

Tiada ulasan: