"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rela mati demi Mahathir? Dasyat dia ni


Tun Dr Mahathir Mohamad dituduh mendalangi komplot bagi menggulingkan perdana menteri manakala bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan pula dilabel sebagai orang suruhannya.


Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan beliau bertindak atas arahan Dr Mahathir tetapi menegaskan bahawa sanggup mengorbankan dirinya demi bekas perdana menteri itu kerana kagum dengannya.

"Apabila orang lihat saya, mereka sentiasa kaitkan saya dengan beliau (Mahathir). (Ini) tidak benar sama sekali.

"Berkaitan dengan perjuangan saya untuk mencari kebenaran terutamanya yang berkaitan dengan 1MDB, saya tidak pernah bincangkan walaupun satu perkara dengan Mahathir," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini.

Dengan jaket labuh hitam, ia menyerlahkan hakikat bahawa selama meringkuk dua bulan di penjara Sungai Buloh, berat badan bapa kepada empat anak itu benar-benar merosot.

Berseloroh dengan keadaan itu, katanya beliau bersedia ke penjara sekali lagi kerana ia adalah kaedah yang baik bagi mengurangkan berat badan.

"Saya sudah hilang 10 kilogram," katanya sambil gelak.

Khairuddin dan peguamnya Matthias Chang telah ditangkap atas tuduhan mensabotaj sistem kewangan dan perbankan negara berikutan beberapa laporan yang dibuat kedua-duanya di luar negara terhadap 1MDB, idea bermasalah cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kedua-dua mereka kini dibebaskan dengan ikat jamin.

Sambil mengulangi bahawa beliau bukan ‘budak suruhan’ Dr Mahathir, Khairuddin, 53, menyifatkannya sebagai persepsi malang.

Katanya, jika dakwaan itu benar, beliau sudah tentunya menjadi menteri kanan pada tahun 1998.

Bagaimanapun, beliau mengakui dirinya ‘penyokong setia’ bekas perdana menteri yang mentadbir negara selama lebih dua dekad.

"Saya pandang tinggi terhadapnya,” katanya sambil menambah bahawa Mahathir "tidak pernah berbohong."

"Semasa tempoh perkhidmatan, beliau mentadbir negara dengan baik. Malaysia hampir setanding dengan negara-negara maju pada masa itu," katanya.

Tambahan pula, Khairuddin berkata Mahathir sebagai negarawan ulung tidak memerlukan orang sepertinya.

"Beliau pemimpin bertaraf dunia. Dia boleh berdiri di atas kaki sendiri untuk lawan sesiapa sahaja, bukan sahaja pemimpin negara yang korup tetapi juga pemimpin dunia,” katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: