"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua rakyat Malaysia ini terlibat dalam penyembelihan tentera Syria yang ditawan


Dua rakyat Malaysia yang terlibat dengan kegiatan militan IS di Syria dipercayai turut terlibat dengan insiden menyembelih seorang rakyat Syria yang ditawan.

Ketua penolong pengarah bahagian antikeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata identiti kedua-duanya di dalam video berkenaan telah dikenal pasti.

Ia berikutan satu rakaman video berdurasi 30 saat telah dimuat naik di laman sosial Facebook milik individu yang menggunakan nama Abu Hamzah Al Fateh pada 22 Februari lalu.

Individu yang merekod video berkenaan berumur 20 tahun berasal dari Gurun, Kedah dan telah ke Syria pada 23 September lepas manakala individu yang berada di sebelah mayat yang disembelih itu berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan telah ke Syria pada 26 Jan lepas dan merupakan pemilik akaun FB Abu Hamzah Al Fateh, katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.

Rakaman video itu merekodkan seorang lelaki warga Syria disembelih seorang lelaki Arab kerana didakwa menjadi pengintip kerajaan Syria.

"Video ini juga merupakan rakaman video pertama yang kita peroleh dengan menunjukkan kehadiran rakyat Malaysia di lokasi kejadian... Facebook milik individu yang menggunakan nama Abu Hamzah Al Fateh ini, juga dikesan masih aktif," kata Ayub Khan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: