"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bagaimana mengesan kamera tersembunyi untuk lindungi kehormatan diri

Bilangan mereka yang berfikiran lucah nampaknya meningkat seiring dengan kemajuan teknologi. Mereka yang sumbang laku (kinky) memasang kamera tersembunyi di setiap tempat, untuk merakam wanita, malah kanak-kanak, dalam keadaan yang paling terdedah.

Baru-baru ini akhbar Singapura The New Paper melaporkan, rakaman perempuan sedang menukar pakaian di bilik persalinan awam telah muncul di laman-laman pornografi.

Ia dipercayai dirakam dalam bilik persalinan di pelbagai lokasi di kota itu, dan dimuat naik secara mingguan di laman tersebut sejak tiga bulan lalu.

Video-video menjelekkan itu, yang sebahagiannya turut memaparkan pelajar sekolah, telah ditonton sebanyak 10,000 kali.

Baru-baru ini juga di negara itu, orang ramai mencekup seorang pemuda berusia 20-an yang cuba menyusup ke tandas perempuan, yang menyamar dengan memakai rambut palsu dan skirt. Video lelaki itu ditangkap juga telah tersebar di internet.

Menurut akhbar itu, di Singapura sahaja ada 629 kes yang dilaporkan, berhubung pencabulan terhadap kehormatan perempuan. Angka itu meningkat daripada 271 pada tahun 2013, dan 621 pada tahun 2012.
Ia termasuk kes mengambil gambar dari bawah skirt dan juga menunjukkan kemaluan kepada perempuan.

Gejala seumpama ini bukanlah hanya berlaku di negara jiran kita. Di Malaysia, kita juga pernah mendengar tentang kamera tersembunyi, seperti yang pernah ditemui di tandas sebuah klinik di Kuantan dan juga tandas sekolah rendah, juga di Pahang.

Kamera kecil seumpama itu mudah dibeli di internet, serta di sesetengah pasar lambak.

Bagaimanakah untuk mencari kamera tersembunyi ini bagi menghalang diri daripada dicabul?

Carian singkat di internet menunjukkan beberapa cara. Pertama, dengan membuat pencarian sepintas lalu, sama ada di bilik persalinan mahu pun di hotel.

Cari objek yang tidak perlu berada di situ, seperti pasu bunga, kertas tisu, cermin atau apa sahaja yang kelihatan janggal.

Selain itu, lihat juga di tempat seperti palam elektrik, pengesan asap, penggantung baju atau lampu, untuk lihat jika ada kamera tersembunyi di sana.

Anda juga boleh menggunakan telefon pintar untuk mengesan kamera tersembunyi. Buat panggilan dan halakannya di sekitar bilik, terutama di kawasan yang mencurigakan. Telefon anda akan mengeluarkan bunyi desiran dan “klik” jika diletakkan berhampiran dengan alat yang mengeluarkan gelombang elektromagnetik, seperti kamera.

Kaedah lain adalah dengan mencarinya dalam keadaan gelap. Tutup semua lampu, dan buat pencarian dengan melalui tiub tisu tandas, seperti melihat menerusi teleskop. Pada masa sama, halakan lampu suluh di sekitar bilik dan perhatikan jika ada cahaya yang berkerlip ke arah anda.

Apabila anda menjumpai kamera tersembunyi, jangan cuba menjadi hero dengan menanggalkannya secara sendiri. Tetapi maklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan seterusnya.

Jika langkah-langkah ini melecehkan, anda juga boleh membeli alat pengesan kamera di internet. Ia pasti akan memberi ketenangan kepada anda.

Lebih baik berjaga-jaga berbanding menyesal kemudiannya. Perkara terakhir yang sesiapa sahaja mahukan adalah gambar dan video mereka dalam keadaan berbogel menjadi santapan penyumbaleweng di internet.

1 ulasan:

orgkampongok berkata...

There are more sick people in Singapore cause of stress and depression from tight regimented life system..there's less room to enjoy and feel free ..go to school must get straight A's, go back office, late...no mamaks or open stalls to njoy n chat...buy car n maintain it super xpensive, bla bla..only good thing is ther s no umno bn to swindle public funds and cronies...