"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tun M mahu jatuhkan Najib bukan cerita kosong

MUHAMMAD FAIZAL
ROMPIN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin dilihat sebagai medan untuk rakyat menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapan di Bilik Gerakan Dun Pulau Tioman berkata, kekosongan kerusi Parlimen Rompin adalah peluang terbaik untuk menjelaskan kepada rakyat apa yang berlaku dalam negara.

"Kenapa kita meletakkan calon dan kenap kita menyahut untuk bertanding, ini merupakan peluang terbaik untuk perjelaskan kepada rakyat.

"Selain itu merupakan medan untuk rakyat nyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST yang mencengkam hidup mereka," ucap beliau.

Menurut beliau, isu membalas budi bagi Dun Cempaka Kelantan tidak timbul kerana PAS mempunyai tanggungjawab besar dalam membela hidup rakyat.

"Kita hormati allahyarham, kita turut berasa sedih atas kehilangan beliau tetapi kekosongan yang berlaku merupakan kesempatan untuk kita bertemu rakyat apatah lagi baru beberapa hari pelaksanaan GST.

"Boleh dikatakan penduduk di sini berpendapatan sederhana dan rendah, GST menekan hidup rakyat dan ia tidak sepatutnya dilaksanakan.

"Dalam keadaan rakyat ingin menambah pendapatan mereka, kerajaan pula mengambil duit dari poket rakyat," katanya lagi di hadapan kira-kira lima ratus orang yang hadir.
Salahuddin juga meminta penduduk turut sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Negara sekarang menyaksikan Mahathir bersama-sama pasukannya ingin menjatuhkan Najib.

"Ini bukan cerita kosong dan peluang diberikan kepada pengundi Parlimen Rompin untuk bersama-sama dalam gerakan ini," sambung beliau lagi

Beliau turut berpendapat dalam senario sekarang tidak mustahil PAS mampu memenangi PRK Rompin.

Tiada ulasan: