PETALING JAYA: Jentera Pemuda PAS Pulau Pinang tidak akan dikerahkan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, demikian ditegaskan ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah.
"Kami tak boikot, cumanya tak akan ada kerahan jentera. Jangan harap PKR dapat guna jentera Pemuda PAS Pulau Pinang di Permatang Pauh nanti," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Mohd Yusni berkata demikian susulan permintaan supaya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menarik balik penghinaan dan mengemukakan permohonan maaf terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak minggu lalu yang tidak dilayan.
Ditanya sama ada keengganan Pemuda PAS untuk membantu calon PKR di Permatang Pauh akan dianggap mengingkari arahan parti, Mohd Yusni bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan boikot.
"Bukan boikot, tak pernah keluar arahan begitu. Tapi kalau AMK tak mahu mohon maaf juga, kami Pemuda PAS akan tengok saja kempen itu nanti. Jangan harap kami tolong.
"Siapa (Pemuda PAS) yang nak turun, turunlah (berkempen). Tiada halangan kepada mereka. Tapi anda tak akan lihat jentera kami...itu sahaja," katanya.
Pada Isnin, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengeluarkan arahan rasmi daripada PAS Pusat supaya jentera di semua peringkat di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak membantu kempen sekutu mereka di Permatang Pauh.
Kemelut pakatan pembangkang diperingkat akar umbi di Pulau Pinang tercetus ekoran kenyataan Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang, Khairil Anuar Kamaruddin yang sebelum ini dengan lantang meminta Hadi meninggalkan PAS kerana dilihat menjadi liabiliti kepada usaha mengukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra Umno’.
-mstar-
1 ulasan:
pkr jgn layan budak bodoh tu. wala tak bertempat - dia memang barua hadi. jgn marah. aku ikut sunnah hadi ajer.
Mengikut kaum keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh, jentera PAS Kawasan sedang giat berkempen kepada ahli2 PAS supaya jangan mengundi PKR.
Keluarga Tulang Besi ini sudah mengundi di Permatang Pauh sejak zaman Haji Zabidi lagi.
Kempen dilakukan rumah ke rumah dan mereka dtg bertemu dgn kaum keluarga Tulang Besi sendiri
Minta pimpinan2 PAS Pusat ambil perhatian di atas perkara ini dan memberhentikan sabotaj yang sedang berjalan giat di Permatang Pauh.
Jikalau yg beri report ini bukan kaum keluarga Tulang Besi nescaya Tulang Besi tidak akan memperdulikan khabar ini.
Takkanlah keluarga Tulang Besi di Permatang Pauh hendak berbohong dengan Tulang Besi
TULANG BESI
Para pemimpin dan pembesar yang menyesatkan
“Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam neraka, mereka berkata: sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.” (Surah Al-Ahzab ayat 66-68)
Catat Ulasan