"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas juruterbang TUDM Zaidi Ahmad dilantik sebagai ahli jawatankuasa PAS Sungai Petani

Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad dilantik sebagai ahli jawatankuasa PAS Sungai Petani.
Zaidi dikenali selepas dibicarakan di mahkamah berhubung kenyataan media yang dibuat tanpa izin pegawai atasan berhubung isu dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Beliaukalah dalam perbicaraann itu dan dipecat dari TUDM ketika memgang jawatan mejar pada 12 Januari lalu.

Selepas itu, pada Februari lalu Zaidi menyertai PAS.

"Allah telah takdirkan saya memikul tanggungjawab sebagai ahli jawatankuasa PAS Sungai Petani.

"Doakan supaya saya diberi kekuatan dan panduan untuk memenuhi tanggungjawab yang berat ini," katanya dalam satu kiriman SMS.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: