"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terselamat selepas 66 hari hanyut dengan makan ikan mentah dan minum air hujan

JORDAN (kanan) berjalan turun dari sebuah helikopter selepas diselamatkan oleh pengawal pantai di Carolina Utara. - AP
NORFOLK, Virginia: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) diselamatkan kelmarin selepas 66 hari hilang di lautan kerana kapal layar dinaikinya rosak, kata pengawal pantai AS.

Louis Jordan, 37, dilaporkan hilang pada 29 Januari lalu dan dia ditemui kru kapal tangki Houston Express, 322 kilometer dari pesisir pantai Carolina Utara sebelum diterbangkan helikopter pengawal pantai ke sebuah hospital di sini.

Jordan yang belayar dengan kapal layar bernama Angel itu memaklumkan kepada ahli keluarganya bahawa dia meneruskan hidup dengan makan ikan mentah yang ditangkap menggunakan tangan di samping minum air hujan.

Pelayar itu menjelaskan bahawa dia tidak dapat membaiki kapal layar tersebut untuk kembali ke Carolina Selatan, tempat perjalanannya bermula pada Januari lalu. Jordan cuma menyatakan kebimbangan bahawa ibu bapanya menangis kerana percaya dia sudah mati.

“Memang kami menangis, ayah ingat sudah kehilangan kamu,” kata ayahnya, Frank ketika mereka berbual selepas dia diselamatkan.

Bapa pelayar itu memberitahu stesen televisyen CNN bahawa dia tidak pernah berhenti mengharapkan anaknya akan ditemui dengan selamat, tetapi dia tidak pasti bagaimana kapal layar tersebut boleh tersasar jauh dari laluan asal.

Media tempatan ­melaporkan kapal layar Jordan sudah terbalik ketika dia ditemui, manakala pelayar itu ditemui duduk di atas bahagian badan kapal berkenaan yang masih terapung. – AFP/kosmo-

Tiada ulasan: