"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Minta tolong kejutkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj): Kedai haram warga Nepal saji arak di Kajang

Malaysian Crime Watch
KAJANG: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain ditegur kerana membiarkan warga asing menjalankan perniagaan secara haram sehingga membelakangkan hak keistimewaan penduduk tempatan.

Selain warga Indonesia berniaga kedai makanan secara haram, kini terdapat pula beberapa warga Nepal membuka kedai makanan yang turut menjual minuman keras, khusus untuk rakan senegara mereka.

Tinjauan BH berikutan aduan penduduk setempat mendapati kesemua premis perniagaan haram dikendalikan warga Nepal terletak di tingkat satu bangunan kedai yang disewakan oleh pemilik tempatan.

Penduduk tempatan mendakwa warga asing berkenaan seolah-olah kebal daripada tindakan pihak berkuasa, malah gelagat pelanggan yang mabuk dan sering bergaduh sesama mereka mencetuskan rasa tidak senang serta kemarahan penduduk setempat.

Rata-rata, orang ramai ditemui BH mengadu kurang berpuas hati dengan masalah berkenaan dan mempersoalkan kenapa PBT begitu liat mengambil tindakan sedangkan rakyat tempatan dikenakan seribu satu syarat jika mahu berniaga apatah lagi menjual minuman keras.

Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Andi, 50an, berkata premis perniagaan yang dijalankan warga Nepal itu sudah beroperasi lebih dua tahun dan sering menjadi tumpuan ramai terutama pada hujung minggu.

Beliau turut berasa hairan bagaimana mereka boleh mendapatkan kebenaran secara mudah daripada pihak PBT untuk menjalankan perniagaan sedangkan penduduk tempatan pula sangat sukar mendapat kelulusan selain dibeban kos yang tinggi untuk menyewa kedai.

"Kewujudan premis perniagaan warga Nepal ini perlu disiasat, bagaimana mereka begitu mudah mendapat kebenaran untuk berniaga dan menjual minuman keras kepada pelanggan sehingga mencetuskan rasa bimbang di kalangan orang ramai yang berkunjung membeli-belah di bandar ini," katanya.
(Berita Harian)

Tiada ulasan: