"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: Kanak-kanak hampir diterkam singa

Singa-budak
Video yang dipaparkan menunjukkan seekor singa cuba menerkam seorang kanak-kanak lelaki yang pada mulanya dilihat merenung ke arah binatang buas tersebut.

Namun, usaha raja rimba itu tidak kesampaian berikutan ia dipisahkan dengan gelas kaca yang menutupi kandangnya di Zoo Chiba, Jepun.

Menurut seorang pakar yang mengkaji perihal singa, Adam Roberts, singa dilahirkan sebagai binatang yang sangat liar dan buas dan berdasarkan tingkah laku kanak-kanak itu merenungnya, singa itu Berasakan budak itu mangsa yang perlu ditewaskannya.

“Sebab itu ianya adalah normal melihat singa itu ingin menerkam ke arah kanak-kanak tersebut,” katanya.

Sementara itu, penjaga zoo di lokasi tersebut berkata binatang itu sekadar mahu ‘bergurau’ dengan kanak-kanak berkenaan.

Video ini muncul sehari selepas gorila jantan, Harambe ditembak mati selepas seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam kandangnya di Zoo Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: