BEIJING, Selasa – Seperti biasa, China tetap menghalang rakyatnya yang beragama Islam di wilayah Xinjiang untuk berpuasa di bulan Ramadan.
“Anggota parti, anggota kader, kakitangan awam, para pelajar dan anak-anak kecil tidak boleh berpuasa sepanjang Ramadan dan tidak dibenarkan terlibat dalam aktiviti agama.
“Pada bulan Ramadan, perniagaan makanan dan minuman tidak boleh ditutup,” demikian notis yang dimuat naik di laman web rasmi kota Korla di tengah Xinjiang.
Parti Komunis yang juga parti memerintah negara itu dilaporkan sudah saban tahun melarang kakitangan pemerintah dan anak-anak kecil daripada berpuasa di Xinjiang.
Mereka juga mengarahkan beberapa restoran untuk kekal dibuka.
Wilayah Xinjiang ini adalah tempat tinggal untuk lebih 10 juta penduduk yang kebanyakannya adalah muslim.
Mereka merupakan kaum minoriti Islam daripada kaum Uighur. -Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan