Harare: Seekor gajah jantan yang cedera ditembak pemburu haram seolah-olah merayu bantuan manusia di Bumi Hils Safari Lodge di Zimbabwe.
Pengurus safari, Nick Milne berkata, gajah dinamakan Ben itu mengejutkan pengunjungnya apabila menghampiri mereka, tetapi dia melihat haiwan berkenaan cedera teruk, malah jalan tempang.
Disebabkan doktor haiwan di safari itu bercuti hujung minggu, Milne menghubungi pakar lain yang bersetuju terbang 321 kilometer ke lokasi terbabit untuk membantu gajah berkenaan dalam perjalanan yang mengambil masa enam jam.
Sepanjang tempoh itu, Ben dikatakan menunggu dengan sabar, malah turut minum dan makan
Dia kemudian diberi ubat pelali dan hasil pemeriksaan menemui kesan cedera teruk pada bahunya, dipercayai akibat ditembak.
Ben kini beransur pulih selepas dirawat dan dipasang alat pengesan untuk membolehkan pakar memantau pergerakan dan kesihatannya.
-kualalumpurpost-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan