"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Ustaz PAS ini akhirnya mohon maaf dari Mat Sabu

Abdullah Khairi mengeluarkan video khas memohon maaf kepada Mohamad Sabu ekoran keterlanjurannya menyerang Presiden Amanah itu di hari penamaan calon Kuala Kangsar.Penceramah bebas, Abdullah Khairi yang membuat ucapan menyerang Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika berucap di hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar baru-baru ini mengeluarkan video khas untuk memohon maaf.
Dalam video yang diposkan sendiri oleh beliau dalam kumpulan Whatsapp sebelum terus meninggalkan kumpulan itu, Abdullah berkata, dia memohon maaf kepada Mohamad kerana 'teremosional' pada hari itu.

"Di hari Jumaat dan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya Ustaz Abdullah Khairi memohon maaf kepada Abang Mohamad Sabu di atas ucapan saya yang teremosional pada hari penamaan calon Kuala Kangsar.

"Abang Mat, maafkan saya," kata Abdullah sambil mengangkat tangannya.

Tetapi, kata Abdullah, mereka yang mencemuh dan mencaci beliau ekoran tindakan menyerang Mohamad itu, mereka juga tidak terlepas dari dosa.

"Mereka juga tidak terlepas dari dosa dan perlu memohon maaf kepada saya," kata Abdullah menerusi video 41 saat yang dirakam khas itu.

Video Abdullah mengecam Mohamad di hari penamaan calon Kuala Kangsar itu telah diviralkan dan menjadi bahan cemuhan penyokong Amanah dan orang awam.

Ini kerana, apa yang dicemuh oleh Abdullah adalah ayah kepada presiden Amanah itu apabila menggelarnya sebagai "Mat Sabun".

Mohamad ketika mengulas serangan-serangan sebegini berkata, beliau tidak berkecil hati.

"Ada yang kecam saya. Naik atas lori panggil saya dengan nama yang buruk.

"Saya tak marah. Saya rasa adik-adik itu berlatih berceramah. Saya faham sangat adik-adik saya dalam parti Islam itu," katanya.

Mengulas soal penghinaan salah seorang penceramah Pas terhadap namanya yang digelar 'Mat Sabun' pada hari penamaan calon itu, Mohamad berkata beliau tidak mengambil hati soal itu.

Beliau sebaliknya menyeru "adik-adik dalam Pas" untuk mengundi calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini.
malaysiadateline

Tiada ulasan: