"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Saya diupah baca teks oleh Chegubard

Pengaturcara komputer bebas yang sebelum ini mendakwa ditipu dalam penjualan 900,000 nama bagi menipu tanda tangan dalam projek memorandum Deklarasi Rakyat hari ini tampil dengan akuan bersumpah (SD) terbaru untuk menafikan yang terdahulu.

Dalam SD pertamanya, Azharuddin Othman, 30, mendakwa beliau dimaklumkan nama-nama berkenaan akan digunakan untuk memorandum Deklarasi Rakyat untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan urus niaga dijalankan secara atas talian dengan Ema atau juga dikenali sebagai Ratu Naga.

Namun, segala berubah hari ini.

"Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mengenali individu yang bernama Ema atau juga 'Ratu Naga' dan tidak pernah menjalankan apa-apa urusan dengannya.

"Sebelum ini, saya telah diupah untuk mengadakan sidang akhbar berdasarkan teks yang diberikan oleh orang yang mengupah saya iaitu Badrul Hisham Shaharin ," kata beliau dalam SD terkini itu.

SD itu tersebar di beberapa laman Facebook termasuk Otai Bersih dan Kelab Mukhriz Mahathir.

Syarul Ema juga, sebelum ini, telah menafikan pernah mengadakan sebarang urusan dengan Azharuddin.

Dalam SD terkini, Azharuddin berkata, beliau telah menandatangani dokumen baru untuk mengelakkan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, Badrul Hisham atau 'Chegubard' yang dilihat terbabit dalam SD pertama oleh Azharuddin itu mendakwa SD terbaru sebagai palsu.

"Kalian seolah-olah gembira menyebarkan SD palsu," katanya dalam laman Facebook yang merujuk kepada Otai Bersih dan Kelab Mukhriz Mahathir
-

Tiada ulasan: