"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru sekolah menengah ditahan edar dadah

MIRI: Polis Lawas menahan seorang guru sekolah menengah yang disyaki mengedar dadah jenis syabu, petang semalam.

Ketua polis Lawas, DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berumur 33 tahun itu ditangkap bersama seorang lelaki berusia 36 tahun dalam sebuah kereta di Jalan Merapok, Lawas, pada jam 5.50 petang semalam.

“Berdasarkan siasatan kami, dadah itu tidak dijual kepada pelajar di sekolah, tempat suspek mengajar,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata, dadah itu dijual di daerah tanah tinggi Long Bawan, Indonesia.

“Kami mengesan dan memantau pergerakan mereka kira-kira 4 bulan,” katanya sambil menambah kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Punang, Berayong Lawas itu juga didapati positif amfetamina.

“Ketika polis menangkap mereka, 1 paket syabu seberat 27.7 gram yang dianggarkan bernilai RM4,000 didapati tersembunyi di dalam tempat letak tangan kenderaan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Kesatuan Guru-guru Sarawak (STU) terkejut dengan penahanan guru itu kerana ia boleh mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Presiden STU, Jisin Nyud berkata, kesatuan itu sedia bekerjasama dengan polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi masalah dadah

Tiada ulasan: