Pas tak rugi apa-apa jika dikencing lagi, kata naib presiden
MALAYSIA DATELINE
Pas tidak rugi jika dikencing Umno, kata Idris Ahmad.Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh Umno sekali lagi dalam isu Rang Undang-undang Akta 355 (RUU 355), kata naib presidennya, Idris Ahmad.
Ketika berceramah di Kuantan malam tadi, Idris yang juga ahli parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.
"Kita dah pilihan raya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab tu kita kalah selalu.
"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramah itu.
Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh Umno tetapi Umnolah yang rugi.
Ini kerana, menurut beliau, ramai ahli dan penyokong Umno khasnya imam-imam masjid sudah menyokong agar Akta 355 ini dipinda bagi meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"Jadi jika Umno tipu dengan tidak sokong pindaan ini, Umno yang rugi bukan Pas," kata Idris.
Idris dipercayai mengulas kemungkinan RUU Akta 355 yang dibentang oleh presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dibahaskan kali ini.
Pas kini memberikan sepenuh tumpuannya untuk mempastikan RUU 355 yang dibawanya berjaya sehingga sanggup berbaik-baik dengan Umno, musuh tradisinya selama ini.
Pas juga tidak menentang skandal puluhan bilion ringgit wang 1MDB yang didakwa melibatkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan alasan tidak ada bukti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan